Seorang lelaki dipercayai anak kepada bekas pemimpin tertinggi negara ditahan selepas polis menemukan dadah di dalam keretanya ketika sekatan jalan raya di Lebuhraya Sprint, semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.
“Ya, saya sahkan,” katanya ringkas.
Artikel berkaitan: Kereta Vellfire Digunakan Sindiket Dadah Di Thailand, Pemilik Kenderaan Diburu Polis Kelantan
Artikel berkaitan: Cubaan Rempuh Sekatan Jalan Raya Gagal, Lelaki Bawa Dadah Ditahan Polis

Difahamkan, penahanan dilakukan dalam operasi pencegahan jenayah bersepadu yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sekitar kawasan Damansara.
Maklumat lanjut mengenai jenis dadah dan jumlah rampasan masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa dan kes kini dalam siasatan lanjut.