in

“Amukan orang awam!” – Bawa Lari Isteri Orang, Lelaki Kena Kejar Sampai Dapat Habis Kereta ‘Lunyai”

Bawa Lari 1 E1650083004872

Satu video menunjukkan ramai orang awam mengerumuni dan merosakkan sebuah kereta Toyota Avanza sehingga teruk remuk tersebar di media sosial sejak semalam.

Menurut Detik, Avanza itu dipandu oleh seorang lelaki bernama Ardi Wibowo dan telah berlaku adegan kejar-mengejar kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah jalan dekat kawasan Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Ketua Polis Jagakarsa, Harsono berkata kejadian itu berlaku kerana Ardi telah membawa lari isteri seorang lelaki bernama Ardi, Sopiah dari rumah pasangan tersebut dekat Jalan H Montong.

Avanza1
sumber: detik

Ketika itu Sopiah baru saja pulang dengan anak mereka berusia 5 tahun sebelum dia meninggalkan kanak-kanak itu.

Kemudian anaknya ini nangis teriak-teriak.”

Pada masa yang sama, Sanusi juga baru sampai di rumah dan ternampak isterinya masuk ke dalam kereta Avanza dipandu Ardi itu. Sanusi yang nampak isterinya nak pergi dengan Ardi terus menghalang tapi rupanya dia ada bawa ‘geng’ 3 orang yang dah tunggu dalam kereta.

Sopiah dikatakan curang dan menjalinkan hubungan dengan Ardi sejak 3 bulan lepas. Sehinggalah pada hari kejadian, Ardi tiba dengan Avanza itu dan menjemputnya di rumah.

Bawa Lari
sumber: cerita

Iya, dia bawa kabur istri orang, terus dikejar sama suaminya. Perselingkuhannya sudah kurang lebih tiga bulan.”

Ardi kemudian terus melanggar Sanusi dan terus pandu. Sanusi pula cuba menarik perhatian orang ramai dengan menjerit dan menunjukkan ke arah Avanza itu.

Maling! Maling! (pencuri)”

Selepas itulah berlakunya adegan kejar mengejar antara orang awam dan Ardi yang kemudian berasa panik hingga melanggar beberapa kereta termasuk teksi. Malah menurut Tribun, seorang penunggang motor yang dilanggar terpaksa dihantar ke hospital kerana mengalami luka yang serius.

Belasah4

Belasah10
sumber: youtube

Ardi akhirnya terpaksa memberhentikan kereta disebabkan laluan terhalang dengan trafik yang sibuk. Sebaik sahaja berhenti, orang awam mengerumuni kereta itu dan membaling batu ke arah cermin hadapan kereta.

Ardi kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap orang awam dan dibelasah teruk namun Sopiah kemudian keluar dan cuba melindungi teman lelakinya itu daripada dipukul.

Belasah9

B2
sumber: youtube

Ada juga yang sampai naik ke bahagian depan dan menghentak cermin dengan kaki. Bukan itu saja, bahagian bumper depan juga kemek teruk dan tingkap depan kereta hampir pecah keseluruhan.

Avanza2

Avanza3

Avanza4
sumber: detik

Dua pegawai polis kemudian tiba di lokasi dan mententeramkan dan mengawal keadaan daripada menjadi lebih teruk. Ardi kemudian ditahan oleh pihak polis dan telah dibawa ke balai polis. Kereta Avanza itu juga turut dibawa oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Tonton video ketika kejadian:

Dah macam dalam sinetron pula…

Baca: “Menggatal dengan laki orang!” – Wanita Bengang Suami Curang, Simbah Tomyam Panas Dekat Perempuan Simpanan

Simbah Tomyam