Dalam negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, agama dan kaum ini sudah semestinya setiap rakyat Malaysia dianggap fasih bercakap dalam bahasa Melayu.
Apatah lagi jika kerjaya seseorang itu memerlukannya boleh berbicara dalam bahasa Melayu. Viral sebuah video di Twitter menunjukkan Tengku Razaleigh Hamzah atau dipanggil Ku Li ‘menegur’ seorang wartawan.
Dalam video tersebut, seorang wartawan bertanyakan soalan dengan Ku Li dalam bahasa Inggeris. Sambil tersenyum sinis, Ku Li bertanya kepadanya,
You Melayu ke? I bercakap Melayu je.”
Meskipun wajah wartawan itu tiada dalam video namun ramai netizen berpuas hati apabila melihat Ku Li ‘sound setepek’ wanita tersebut kerana tidak berbahasa Melayu.
Menurut mereka, seharusnya sebagai seorang wartawan dia patut patut tahu bertutur dalam bahasa Melayu. Apatah lagi jika mereka interview tokoh berbangsa Melayu.
Apabila menemuramah tokoh yang berbangsa Melayu, sila guna Bahasa Melayu. Bahasa jiwa bangsa.”
Apabila menemuramah tokoh yang berbangsa Melayu, sila guna Bahasa Melayu.
Bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu telah termaktub di dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi. pic.twitter.com/a6kGRwgjSL
— lovelydarshan (@ladydarshankaur) February 26, 2020
Korang boleh baca komen-komen netizen di sini. Ada juga yang berpendapat Ku Li patut menjadi ikutan pemimpin dalam hal sebegini selain ada yang turut berkata tindakan wartawan tersebut memalukan.