Seramai 10 orang pekerja, sebuah jengkaut dan tiga buah tong roro telah terbabit dalam kerja-kerja pembersihan sebuah rumah yang didiami oleh seorang warga emas di Taman Sentosa, Johor Bahru beberapa hari lalu.
Menurut Kosmo, ini kerana sampah-sarap dan barangan lusuh di rumah warga emas itu terlalu banyak dan difahamkan sebanyak sembilan tan longgokan sampah telah dibersihkan.
Perkara itu dikongsikan oleh Sally Ng Lied Ying iaitu ahli Majlis MBJB Taman Sentosa/Taman Pelangi.
Difahamkan juga, masa selama tiga jam telah diambil untuk membersihkan kesemua timbunan sampah berkenaan yang setinggi pagar itu kerana pekerja pembersihan perlu membawa keluar semua barangan lusuh dan terpakai serta sampah sarap dari rumah warga emas berkenaan.
@bharianmy 9 tan sampah dibersihkan dari rumah warga emas beritaditiktok
Artikel Berkaitan: Terkejut Tengok Rumah Sewa Seperti Tempat Longgokan Sampah, Penyewa Enggan Keluar Siap Ugut ‘Call’ Polis
Artikel berkaitan: Tuan Rumah Terkejut Tengok Penyewa Bela Ayam Dalam Rumah Flat
Bagi memastikan warga emas tersebut yang berusia 74 tahun itu tidak mengganggu operasi pembersihan rumahnya daripada longgokan sampah itu, pihak MBJB telah mendapatkan bantuan daripada polis.
Menurut ahli Majlis MBJB itu lagi, warga emas itu pernah dicadangkan untuk berpindah ke rumah orang tua kerana dia tinggal sendirian di rumah tersebut.
Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh warga emas itu.
Difahamkan juga, warga emas itu mempunyai tabiat gemar mengumpul barangan terpakai dan lusuh di rumahnya dan dia diharapkan dapat meninggalkan tabiat berkenaan pada masa akan datang kerana penduduk sekitar risau ia bakal menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan perosak.
Sumber: Kosmo
