in

“Ambil makanan penuh sepinggan, makannya sejemput je” – Doktor Tegur Tabiat Orang Kita Bila Hadir Rumah Terbuka

Untitled Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, dah seminggu lebih kita meraikan Syawal dan sekarang adalah musim orang ramai buat rumah terbuka untuk saudara mara dan sahabat handai.

Meriah sebenarnya bila kita buat open house, setidaknya dapat juga bersua muka dengan pakcik makcik yang dari jauh turun untuk meraikan sambutan perayaan dengan kita pulak.


Waktu itu, pelbagai jenis juadah disediakan kepada tetamu yang hadir — kalau ada yang lupa diri, boleh naik berkilo-kilo berat badan tu jawabnya dek leka menjamah segala menu yang terhidang depan mata.

Open House

Bazir

 

Dan perasan tak, selalunya kalau di mana-mana rumah terbuka sekali pun — mesti kita akan nampak segelintir individu yang suka nau ambil makanan sampai penuh sepinggan tu dibuatnya.

Nak ditegur tamak, nanti dia jawab “ni ambil untuk kawan sekali.”

Jadi, kita pun biarkan je la.

Tabiat buruk ni sebenarnya, ditegur oleh seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi perkongsian yang dimuatnaik di laman Facebooknya.

https://www.facebook.com/chaku/posts/10157308984728351

 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan tersebut, dan ada yang menambah — budaya tapau menapau di majlis orang juga dilihat sebagai satu tabiat buruk dan agak memalukan.

Menurut mereka, ia bukan sahaja berlaku di majlis rumah terbuka — malah di mana-mana majlis kenduri kendara juga.

Respon 1

Respon 2

Kadang-kadang, memang tuan rumah benarkan kita untuk tapau bawa balik lebihan makanan pun. Kalau bukan diorang yang bungkus, kita sendiri yang diminta berbuat demikian — untuk mengelakkan makanan yang tidak dihabiskan terbiar begitu sahaja.

Tapi, nak tapau pun berpada-pada jugalah — beringat pada tetamu lain yang masih belum sampai.

Majlis keramaian macam ni, selalunya bertujuan untuk mengimarahkan ikatan persaudaraan dan bukan menjadi punca kita saling berkecil hati akibat sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

 

Baca: “Sampai bersilat!” – Netizen Tak Kering Gusi Tengok Gelagat Family Ni Minta Duit Raya

Silat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.