in

“Alif Satar ajak ride!” – Suami & Isteri Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Di Genting Highlands

Alif 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular beberapa kisah tentang inisiatif solat subuh berjemaah yang dimulakan oleh selebriti terkenal iaitu Alif Satar. Walaupun sudah menempa nama dalam industri tanah air, Alif Satar tidak ‘duduk diam’ malah mencari pahala untuk mengajak orang ramai membuat kebaikan bersama-sama.

Alif Satar ajak ride motor ke Genting?

Satu hantaran video di TikTok @om_orkedmerdhuu menceritakan pengalaman sepasang suami dan isteri yang turut serta untuk solat subuh berjemaah bersama Alif Satar. Namun, pengalaman mereka agak luar biasa apabila selebriti itu mengajak orang ramai untuk menaiki motosikal dan solat subuh di Genting Highlands.


Artikel berkaitan: “Kena selalu bersyukur” – Alif Satar Cerita Pernah Kena Tegur Sebab Makan Ikan Sampai Habis

Artikel berkaitan: Usaha Alif Satar Buahkan Hasil, 3 Masjid Utama Bawah Jakim Akan Buat Gerakan #GengSubuhMacamJummat

Suami ternampak posting Alif Satar ajak ride pergi solat subuh kat Genting ramai-ramai. Yang isteri pulak pantang ajak naik motor malam-malam.. On je! Malam tu laki bini masuk tidur awal gara-gara nak rasa pengalaman ride dan solat subuh sekali

Dapat dilihat dalam video tersebut, ramai penunggang motosikal yang sudah bersedia dan berkumpul di sebuah stesen minyak seawal 4.30 pagi sebelum mereka memulakan perjalanan bersama-sama.

@om_orkedmerdhuu

Subhanallah,vibes dia lain macam. Pengalaman simple tapi luar biasa❤️ #ride #konvoi #gengsubuhmcmjumaat #gentinghighlands

♬ Endless Love Autumn in My Heart – Efrydo Sihotang

Terharu ramai anak muda join

Sambil menikmati suasana sejuk ketika dalam perjalanan ke masjid, pengguna TikTok itu terharu melihat ramai anak muda menyertai inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ itu.

Tengok ramai budak muda join pergi solat subuh rasa terharu, sebak pula. Kami ni jarang-jarang solat subuh di masjid tiba-tiba terpanggil pula.

Setelah sampai di masjid yang dituju, kesemua mereka dapat solat subuh berjemaah bersama-sama.

Mungkin bagi orang lain macam biasa. Manalah tahu ini adalah permulaan untuk kami teruskan niat baik ni.. Alhamdulillah dapat merasa juga akhirnya. Terima kasih Allah, terima kasih Alif Satar, terima kasih ‘Geng Subuh Macam Jumaat’. InsyaAllah lepas ni nak join lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat usaha Alif Satar yang tidak jemu melakukan kebaikan.

Alif 1

Besar pahala Alif Satar bila buat macam ni.. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.