Rata-rata daripada kita mesti pernah dengar kan sebuah acara pertunjukan fesyen yang terkenal di Malaysia.
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) telah menjadi acara tahunan di negara kita dimana para pereka fesyen akan menampilkan fesyen terbarunya kepada orang ramai yang bertempat Pavilion Kuala Lumpur.
Namun, di sebalik kejayaan acara tersebut dalam menarik masyarakat untuk menghargai seni fesyen, ada juga titik hitam yang telah berlaku terhadap pengurusan acara tersebut.
Misalnya, baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang selebriti yang bertindak melakukan sesuatu semasa acara KLFW itu berlangsung.
Alicia buat protes di KLFW untuk tuntut hak
Model dan pelakon Alicia Amin tampil hadir pada KLFW yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur dan membuat protes mengenai tentang isu bayaran yang berlaku sejak lamanya.
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan Alicia Amin yang berseorangan sambil memegang plakad dan membuat bantahan terhadap seorang individu yang didakwa tidak membayar upah model pada khamis lalu.
@yelamango
Berdasarkan plakad yang dibawanya itu menerangkan mengenai semua model yang terlibat tahun ini perlu dibayar dalam masa sehari.
Dalam pada itu juga plakad tersebut menyebut kepada model-model yang masih menunggu bayaran daripada penganjur sejak tahun lalu diminta untuk rujuk kepadanya mengenai isu tersebut.
Tindakannya membuat protes seorang diri bagaimanapun telah diarahkan untuk meninggalkan acara oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
Tak bayar sejak beberapa tahun?
Difahamkan juga sebelum ini Alicia Amin pernah berkongsi di laman Instagram rasminya beberapa minggu yang lepas dan menyatakan bahawa ada antara model dan jurugambar yang masih belum menerima bayaran sejak tiga tahun lalu. Ada juga baru menerima separuh daripada bayaran.
She posted on her insta stories + shared some stories a few weeks ago saying that some models, photographers, event people etc from previous KLFW events belum dapat payment, some from 3 years back pun dapat half payment or no payment at all
— Roxy is tired | for 2025 ? (@roxytweets) August 18, 2022
Taknak orang lain terkena tempias
Alicia juga baru-baru ini telah berkongsi di laman Instagram sebab mengapa dia melakukan tindakan sedemikian hanya kerana tidak mahu orang lain terkena juga sehingga boleh memusnahkan kerjaya mereka.
Dia menjelaskan bahawa cabaran menjadi model di acara yang besar tidaklah semudah yang disangka dan dia sudah penat dengan layanan buruk yang diberikan oleh penganjur sepanjang 12 tahunnya berkecimpung dalam bidang fesyen.
Raih perhatian netizen, ada yang puji tindakan Alicia Amin
Isu tersebut telah mendapat perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka memuji tindakan Alicia Amin yang berani bersuara walaupun tampil berseorangan membuat protes.
Ada juga cara ini berkesan untuk memberi kesedaran kepada penganjur untuk melakukan tindakan yang sejawarnya mengenai isu model tidak dibayar.
Benda baik macamni kita sokong la kan? Min salute dengan Alicia Amin sebab berani bersuara demi kebajikan model yang seperti ditindas oleh pihak tertentu.
Baca: Pelajar Sekolah Rendah Buat Protes Lepas Kantin Hentikan Jualan Susu Coklat