Seorang pempengaruh media sosial, Aireena Sofia atau lebih dikenali sebagai Jane, tampil membuat kenyataan mengenai status pernikahannya bersama Hakim Stopa atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar menerusi media sosial Threads dan TikTok hari ini.
Difahamkan, Aireena Sofia dan Hakim Stopa telah sah bercerai pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia, pada harini,” tulis Aireena Sofia di dalam sebuah hantaran di Threads
View on Threads
Artikel berkaitan: “Saya menggigil”- Haqiem Stopa Masih Sayangkan Isteri, Enggan Bercerai
Artikel berkaitan: “Saya tak mampu nak lafaz pun…” – Kamal Adli Berharap Dapat Rujuk Semula Dengan Uqasha Senrose
Pada 4 November 2025 lalu, Aireena Sofia telahpun memfailkan tuntutan cerai menerusi peguam syarie, Hadi Salleh yang ditolak oleh Hakim Stopa.

Sebelum ini, Aireena Sofia telah mendedahkan bukti-bukti terhadap isu pergolakan rumah tangga bersama bekas suaminya yang didakwa berlaku curang bersama remaja berumur 18 tahun.
Hakim Stopa turut menafikan segala tuduhan yang pernah dilontarkan oleh bekas isterinya sambil menegaskan bahawa perkara tersebut hanyalah satu salah faham.
Sebagai info, Aireena Sofia dan Hakim Stopa telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun 2025.
Sumber: Threads
