in

“Alamak!” – Nurul Shuhada Tak Sangka Komen Jadi Viral, Sudah Minta Maaf Pada Puteri Sarah

Shu Minta Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular satu khabar angin yang menyatakan Puteri Sarah bakal menamatkan zaman jandanya gara-gara komen yang ditinggalkan di gambar perkahwinan Farah Lee oleh bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada.


Khabar angin itu tersebar luas sehinggakan Puteri Sarah sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan dan menafikan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Artikel berkaitan: “Saya tak suka orang cakap begitu” – Puteri Sarah Tak Fikir Soal Jodoh, Pilih Fokus Anak & Kerjaya

Artikel berkaitan: “Dicerai tanpa sesen dalam akaun bank” –  Nurul Shuhada Bangga Dapat Beli Kereta Pertama

Tidak mahu keadaan bertambah keruh, Nurul Shuhada atau lebih mesra disapa Shu memuat naik satu IG Story bagi menjelaskan perkara tersebut dan memberitahu ianya cuma satu salah faham.

Cats 31

“Alamak, ini satu salah faham yang besar, komen Shu tu betul-betul untuk menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati dan pandang tinggi dan tak ada berkait dengan apa-apa perkahwinan.

Tak sangka pula terpusing sampai macam tu sekali,” tulisnya.

Shu turut mengakui dia juga salah seorang peminat Puteri Sarah serta Farah Lee seperti orang lain dan tidak menyangka komennya itu disalah tafsir.

Malah, dia turut memberitahu dia tidak berniat untuk mencuri spotlight media sejurus meninggalkan komen tersebut.

Dalam IG Story yang sama, Shu memberitahu dia telah pun meminta maaf kepada Puteri Sarah secara peribadi serta berharap orang lain juga turut memaafkannya.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.