Berkenaan dengan isu 3 penyampai radio Era iaitu Nabil, Radin dan Azad yang dikecam hebat kerana dianggap mempersendakan agama Hindu, ia telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Semalam, mereka bertiga telah membuat permohonan maaf di konti, bahkan sanggup pergi ke Batu Caves untuk membuat permohonan maaf sebelum ke MCMC dan balai polis Bukit Aman.
Artikel berkaitan : “Tak semua boleh dijadikan lawak”- Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Dakwa Harith Iskander Hina Agama
Artikel berkaitan : Beras Tempatan Campur Dengan Beras Import Dah Berlaku Sejak 1970-an- Mat Sabu
Ia membuatkan rakan seperjuangan mereka iaitu pelawak Shahrol Shiro rasa terpanggil untuk bersuara mengenai isu tersebut.
Menurut Shahrol, dia tidak menafikan bahawa perbuatan mereka bertiga salah kerana telah menghina agama bangsa lain tetapi pihak pengurusan sepatutnya tidak perlu membuat tindakan terlebih dahulu.
Dalam satu hantaran di Instagram, Shahrol samakan isu ketiga-tiga penyampai radio ini dengan isu Cecilia Yap dan isu KK Mart yang pernah menjadi perhatian sebelum ini.
“Dia orang dah minta maaf, dia orang dalam siasatan, sepatutnya bagilah masa, sehinggalah siasatan tu lengkap barulah Era ambil tindakan.
“Macam isu KK Mart, dah minta maaf tapi masih dalam siasatan, tutuplah dulu premis tu sementara, adalah juga hukuman. Kalau boleh pertimbangkan tak perlulah gantung tugas mereka, mereka ada keluarga nak sara.”
Di samping itu, Shahrol juga berharap agar mana-mana pihak yang terlibat dengan isu ini dapat menjadikan ia sebagai teladan dan ambil ikhtibar daripada apa yang terjadi.
Sumber : Instagram