in

Akui Cuma Bergurau, Ayah Bagi Anak Hisap Vape Tampil Mohon Maaf & Perjelas Perkara Sebenar

Vape3

Memandangkan video ajar anak hisap vape jadi tular sampai mengundang kemarahan netizen, si ibu telah tampil membuat permohonan maaf.

Terbaru, bapa kepada kanak-kanak tersebut pula membuat perkara yang sama dan memperjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

 

Saya cuma bergurau

Tolong Habis Kan Kat Sini Tak Perlu Libat Kan Wife Saya . Saya Boleh Terima Semua Maki Hamun , Tapi Perempuan ? Saya Tak…

Posted by Syamin Aizat on Monday, May 3, 2021

Menurut Syamin Aizat,  dia mengaku ia merupakan silapnya kerana memberikan vape kepada anaknya itu.

Seperti yang dilihat dalam video, Syamin menjelaskan bahawa dia bukan memaksa atau mendera dan niatnya hanyalah sekadar nak bergurau.

“Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya mendidikan anak, saya bukan memaksa atau mendera beliau, saya cuma bergurau, kalau mana yang dah follow wife saya, mesti tahu cara Anaqi macam mana.”

Jelasnya lagi, anak mereka yang dikenali sebagai Anaqi ini seorang yang lasak dan ganas.

“Suka main benda bukan mainan dia atau budak-budak. Kalau dia nak kan sesuatu mesti dia nak jugak.”

Oleh itu, Syamin memohon maaf sekali lagi atas tindakanya itu. Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada mereka yang begitu ambil berat terhadap anaknya.

 

Baca : “Suka hati aku lah nak post apa” – Bagi Anak Hisap Vape & Muat Naik di IG, Wanita Teruk Dikecam Netizen

Vape3 1