in

“Aku yang tengok pun menangis sekali”- [VIDEO] Lelaki Menangis Lepas Terima Kiriman Daripada Ibu Bapa Di Kampung

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu kalau dengar raya sudah dekat, semua excited lain macam sebab tak sabar nak berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga di kampung. Tapi, sekarang hanya kesedihan yang dirasai oleh segelintir rakyat Malaysia. Mana taknya, bila tengok peningkatan kes Covid-19 di negara kita, macam tak ada harapan nak rentas negeri untuk pulang beraya.


Kalau yang duduk satu negeri dengan keluarga, ada lagi la harapan nak beraya bersama. Yang duduk lain negeri tu? Terpaksalah tahan rindu dah berbulan-bulan tak jumpa keluarga. Ada tau yang dah nak setahun tak dapat jumpa keluarga sebab PKP. 

Rentas Negeri

 

Menangis dapat kiriman dari kampung

Situasi ini turut dirasai oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Kassim Selamat yang tak dapat tahan sebak bila menerima kiriman bungkusan  dari kampung halaman sempena Aildilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok pada 1 Mei lalu yang mendapat hampir 400 ribu tontonan dengan lebih 40 ribu likes dan lebih 1 ribu share oleh pengguna Tiktok, pemuda yang berusia 24 tahun ini  menangis kesedihan selepas buka kiriman kotak yang mempunyai pelbagai jenis kuih dan juga persalinan baju raya untuk dipakai pada pagi raya nanti.

@matd97

Dapaat Kirim Dari Kampung “rasa sebak gila pagi2 Buka Kotak Adaa?? …” #rayadiperantauan #rindukeluarga

♬ original sound – KassimSelamat? – KassimSelamat?

Dengan aku aku sekali menangis tengok video ni, boleh rasa sebak dia tu.

 

Netizen pun sedih sekali

Walaupun video cuma berdurasi 25 saat berlatarkan muzik lagu Air Mata Syawal yang dinyayikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ini sudah cukup mengundang perasaan syahdu dan sedih juga bagi netizen yang sama-sama tak dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman pada tahun ini. Memang meleleh weh air mata dengar pengumuman tak boleh balik beraya tahun ni.

Photo6086881880604519563 2

Photo6086881880604519564 1

Pagi raya nanti jangan lupa sediakan tisu sebab confirm meleleh air mata teringat keluarga dekat kampung. Mak….. nak balik rayaaaa…..

 

Sumber: matd97

Baca: [TERKINI] Pergerakan Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan Hingga 17 Mei

Capture 4

Sumber: Hello Kerja
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.