in

“Aku seret korang pergi mahkamah” – Rosyam Nor Bengang Wanita Fitnah Kaitkan Namanya Isu Cerai Fattah-Fazura

Rosyam Nor Cerai Fattah Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perceraian membabitkan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Malah, dilihat beberapa rakan artis juga mengulas isu tersebut sehinggakan ada yang tidak pernah bersuara mengenai hal itu turut terpalit sama.


Itu yang berlaku kepada pelakon Datuk Rosyam Nor, meluahkan rasa bengang apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan namanya konon turut bersuara mengenai rumah tangga selebriti berkenaan.

Artikel berkaitan: Netizen Sebak Tengok Fattah Amin, Masih Sarungkan Cincin Kahwin Biarpun Dah Kembali Solo

Artikel berkaitan: “Bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah” – Menteri Agama Respon ‘Cadangan’ Rosyam Nor

Rosyam Nor nak saman pemfitnah

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon filem Memoir Seorang Guru itu berkongsi beberapa tangkap layar yang memaparkan fitnah yang dibuat menggunakan namanya.

“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu – Rosyam Nor,” tulis dakwaan itu dalam satu hantaran di TikTok yang difahamkan telah pun dipadamkan.

Screenshot 2024 10 10 142803

Berang dengan tuduhan dibuat, Rosyam memberi amaran akan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan.

“Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah! Buat fitnah, aibkan orang,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Selepas perceraian Fattah dan Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang segelintir isteri akan mula memandang rendah terhadap suami apabila dia bekerjaya dan mempunyai kewangan lebih daripada lelaki. Difahamkan, podcast terbabit diterbitkan pada tahun lalu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.