Sungguhpun manusia sekarang sudah hidup secara bertamadun, masih ada juga di kalangan mereka di luar sana yang berkelakuan seperti orang tak ada akal. Haiwan comel dan tiada salah silap dicederakan dan didera tanpa belas kasihan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seekor ibu kucing yang sarat hamil kena simbah dengan minyak masak hidup-hidup. Kasihan tengok kulitnya… habis kena masak!
“Pemilik jumpa mama cat selepas bau macam daging masak. MashaAllah, Allah saja tahu betap peritnya hati”
Menurut penulis, kucing yang hamil dengan 6 ekor anak ini lapar selepas terbau makanan dari satu premis. Tapi dek kerana manusia kejam tak suka pada kotoran yang ada pada kucing, tak pasal-pasal haiwan ini dijirus dengan minyak panas.
![69561766 1106542662875953 7867201826418851840 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/08/69561766_1106542662875953_7867201826418851840_n.jpg)
Pun begitu, mujurlah kucing ini berjaya lahirkan 6 ekor anaknya dalam keadaan sihat!
![69361971 1106542709542615 5440057851160559616 n](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/08/69361971_1106542709542615_5440057851160559616_n.jpg)
Sedihnya… tengok ibu kucing peluk anak walaupun dalam keadaan sakit.
“Terima kasih pencinta kucing… Anda penyelamat haiwan kesukaan Nabi Muhammad”
Rata-rata sangat terharu dengan tindakan penyelamat kucing tersebut yang sanggup membawa kucing tu klinik veterinar. Kalau tak ada siapa yang selamatkan kucing tu, entah apa nasib anak-anak di dalam perutnya.
![pencinta kucing](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/08/pencinta-kucing.jpg)
Semoga kita dijauhi daripada sikap kejam seperti itu.