in

Aktiviti Manusia, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Punca Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India – NRES

Tanah Jerlus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian tanah jerlus yang berlaku di Masjid India, Kuala Lumpur dan lebih menyayat hati, seorang wanita warganera India telah jatuh ke dalam lubang tanah jerlus itu dan mangsa masih belum ditemui sehingga kini.

Kejadian sinkhole itu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur kerana ramai yang risau akan keselamatan diri masing-masing.


11

Pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi Facebook rasmi mereka yang menjelaskan tentang faktor-faktor yang menyebabkan kejadian tanah jerlus tersebut.

8

9

Artikel berkaitan : “50 meter dari insiden sebelum” – Mendapan Baru Dikesan Di Jalan Masjid India

Artikel berkaitan : Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Mungkin Berada Di Loji IWK Pantai Dalam

Dalam kenyataan tersebut, siasatan pelbagai agensi bertanggungjawab mendapati bahawa kejadian tanah jerlus yang berlaku adalah akibat beberapa faktor iaitu faktor aktiviti manusia, cuaca dan juga hakisan lapisan tanah tambah di bawah permukaan.

Satu laporan teknikal hasil siasatan berkaitan geologi dan struktur bawah permukaan akan disediakan oleh kumpulan Task Force Struktur Tanah Masjid India yang diterajui oleh DBKL dalam jangka masa 3 bulan,” jelas Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Siasatan yang dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ke atas kejadian tanah jerlus itu telah menggunakan peralatan Ground Penetration Radar (GPR) bagi mendapatkan gambaran strata geologi dan sistem utiliti bawah permukaan kawasan kejadian bagi tujuan proses pemulihan menyeluruh oleh pihak bertanggungjawab.

Pihak kementerian juga menegaskan bahawa Kuala Lumpur adalah selamat untuk dihuni.

Sumber: Facebook Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Berita Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.