in

Akhirnya! Tayar Tersangkut Di Kepala Buaya Berjaya Dikeluarkan Selepas 6 Tahun

Buaya Berkalung Ban Panji Petualang Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor buaya di Sulawesi yang sebelum ini sempat menjadi ‘popular’ dek kerana tersekat dalam gelungan tayar motosikal baru-baru ini dikhabarkan telah berjaya diselamatkan.

Terkenal dengan panggilan ‘buaya berkalung ban’, kepala buaya ini difahamkan telah tersangkut dalam tayar motosikal tersebut selama enam tahun berikutan usaha-usaha untuk menangkap reptilia berkenaan menemukan jalan buntu.


Dengan bantuan penduduk tempatan, seorang lelaki yang mendakwa pencinta haiwan bernama Tili telah berjaya memerangkap buaya sepanjang 13 kaki berkenaan dengan menggunakan tali yang diikat pada sebatang kayu dan menggunakan umpan itik dan ayam.

Buaya Viral Indonesia

Menurut laporan, kehadiran buaya berkenaan di perairan Palu dengan gelungan tayar motosikal mula disedari penduduk tempatan sekitar tahun 2016 dan sejak dari itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangkap buaya berkenaan termasuklah memanggil penangkap buaya dari luar negara namun kesemuanya gagal.

Malah, pada tahun 2020, Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sulawesi Tengah sempat menawarkan ganjaran untuk sesiapa yang berjaya menangkap dan membebaskan buaya berkenaan dari gelungan tayar tersebut.

Buaya Kalung Ban

Menurut Tili lagi, dia telah menjejaki buaya berkenaan selama tiga minggu dan berjaya memerangkapnya sebanyak dua kali. Namun, disebabkan keadaan persekitaran dan ‘kebijakan’ haiwan berkenaan, ia berjaya lolos dari perangkap.

Tambahnya lagi, buaya berkenaan akhirnya berjaya ditangkap apabila dia menggunakan sejenis tali nilon tebal yang biasanya digunakan untuk menarik kapal atau bot, barulah buaya berkenaan ‘tewas’ dan gelung tayar berkenaan berjaya dikeluarkan akhirnya.

Baca : “Ingatkan palsu” – Lelaki Cedera Dibaham Lepas Cuba Bergambar Dengan ‘Patung’, Rupanya Memang Buaya Betul

F1 Aligator Di Filipina

 

Sumber: Mashable
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.