in

“Akhirnya!” – Scrat Ice Age Dapat Gigit Kacang Dalam Video Terakhir Studio Animasi Itu

3Ia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Blue Sky Studio, sebuah studio animasi yang mengeluarkan siri animasi Ice Age telah mengumumkan penutupan operasinya awal bulan ini. Setelah 34 tahun menghiburkan ramai orang dengan animasi haiwan zaman pra sejarah, berita penutupan studio itu telah dimaklumkan mereka menerusi akaun Instagram @blueskystudios.


Studio Blue Sky telah diasaskan pada 1987 dengan menfokuskan perniagaan dalam bidang kesan khas produk komersial di Amerika Syarikat. Studio itu telah mengeluarkan animasi pertama Ice Age pada tahun 2002 dan diikuti animasi lain dari siri yang sama. Selain Ice Age, studio Blue Sky juga pernah mengeluarkan animasi Rio, Robots, Horton Hears a Who! dan The Peanuts Movie.

Screenshot 2022 04 16 At 4.30.24 Pm

Aset Blue Sky Studio mula dibeli oleh Disney pada tahun 2019 dan bermula bulan Februari tahun 2021, pihak Disney telah mengumumkan mereka akan menutup studio itu bagi mengurangkan kos yang ditanggung akibat pandemik yang melanda dunia. Walaupun Blue Sky menamatkan segala aktiviti animasi pada April 2021, siri Ice Age telah menjadi milik Disney.

Pada 13 April 2022, Disney telah mengeluarkan satu animasi, Ice Age: Scrat Tales di platform Disney+. Bagi mengenang Scrat, watak ikonik dalam siri Ice Age, pihak Blue Sky Studio telah mengeluarkan satu video pendek mengenai tupai zaman pra-sejarah itu. Scrat adalah maskot dalam siri Ice Age yang sentiasa diduga untuk memakan kacang miliknya.

Screenshot 2022 04 16 At 4.27.34 Pm

Untuk terakhir kalinya, Scrat berjaya memakan kacang miliknya. Korang boleh tengok video pendek Scart dekat bawah atau klik SINI.

Screenshot 2022 04 16 At 4.21.34 Pm

Sumber: Collider

 

Baca: “Excitednya” – Lepas 8 Tahun,  Les’ Copaque Akhirnya ‘Reveal’  Poster Watak Filem ‘Puteri’

Screenshot 2022 04 16 At 4.33.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.