in

Akaun Twitter Donald Trump Kena Ban Sebab Ada Tweet Yang Berunsur Hasutan Keganasan

f2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penyokong Donald Trump yang sanggup memecah masuk pejabat kongres Amerika Syarikat sebab ramai yang tidak menyokong kemenangan Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat yang bakal menggantikan Donald Trump. Berani betul dorang ni berkumpul ramai-ramai, tak takut virus korona ke? 

Kali ini, akaun Twitter rasmi Donald Trump dilaporkan telah disekat untuk selama-lamanya berikutan ada beberapa Tweetnya yang mempunyai unsur-unsur hasutan dan keganasan, lapor BBC News.


trump 6

Menurut syarikat media sosial tersebut, keputusan itu dibuat setelah ada Tweet yang telah melanggar peraturan dan garis panduan dari Twitter. Sebelum ini, difahamkan, Twitter Donald Trump itu juga telah disekat selama 12 jam pada Rabu lalu selepas Presiden AS itu menyifatkan mereka yang menyerang bangunan Capitol sebagai ‘Patriot’.

Trump juga mengatakan bahawa dia akan melindungi sesiapa sahaja yang mempercayai bahawa dia yang menang pilihan raya Amerika Syarikat tahun lalu.

trump 3

Setelah Twitternya diaktifkan semula, Donald Trump telah mengumumkan bahawa dia tidak akan menghadiri majlis pelantikan Joe Biden sebagai Presiden AS yang baru pada 20 Januari nanti.

trump 5

Tweet tersebut dikatakan telah menyebabkan ramai penyokong Donald Trump menganggap bahawa keputusan pilihan raya yang lalu adalah tidak sah. Jadi, Twitter pun terpaksa ban akaun Trump semula sebab boleh menyebabkan penyebaran berita palsu. 

https://twitter.com/twittersafety/status/1347684877634838528?s=21

Perkara tersebut telah diumumkan oleh @TwitterSafety yang turut menjelaskan sebab-sebab yang boleh menyebabkan akaun Twitter seseorang itu disekat.

Ketika artikel ini ditulis, carian nama Trump juga sedang trending di Twitter dengan lebih 6 juta Tweet.

trump 7

So, kita pun kena berhati-hati dalam menggunakan Twitter. Jangan sampai langgar peraturan atau terms of conditions yang telah disediakan di Twitter. Kang tak pasal-pasal akaun kena ban jugak. 

Mungkin Donald Trump boleh cuba guna media sosial yang lain pulak macam TikTok ke kan. 

Baca: Penyokong Trump Menggila! Pecah Masuk Pejabat Kongres AS Untuk Protes Kemenangan Pilihan Raya Joe Biden 

trump

Sumber: Twitter
Sumber: BBC News
Sumber: VOA News
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.