Sebelum ini, nama Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi pernah menjadi bualan hangat kerana ‘auranya’ yang telah berjaya menambat hati bekas suaminya, iaitu Nik Ahmad Farhan atau lebih mesra dengan panggilan Da’i Farhan.
Bagaimanapun, hubungan cinta mereka telah berakhir pada April 2020 lalu selepas ‘wanita yang ke 19’ ini membuat pengumuman rasmi menerusi Instagram miliknya bahawa dia sudah bercerai, lapor Harian Metro.
Terkini, Dr Erin ada memuat naik perkongsian di Instagram miliknya yang menjadi perhatian para pengikutnya.
Pakai tudung lagi nampak muda kak – Netizen
Dr Erin dikatakan ke Tawau baru-baru ini dan ada muat naik beberapa foto yang dipercayai dirinya yang kini tidak berhijab.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan hal ini kepadanya untuk mendapatkan kepastian.
Jadi, Dr Erin tampil memberikan respon kepada netizen dengan menyatakan bahawa dirinya bukanlah sepenuhnya free hair, malah dia turut menegaskan bahawa dirinya masih lagi berpegang pada teguh pada agama dan masih menjalankan kewajipan sebagai umat islam.
Akak bukan 24 jam free hair – Dr Erin
Dia juga menjelaskan bahawa orang lain tidak duduk di tempatnya yang diuji. Segala perbuatannya menjadi kritikan orang. Dalam pada itu, dia juga turut menceritakan sedikit pengalaman hidupnya bersama ‘pak ustaz’.
Disamping itu ramai juga yang memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus lakukan perkara yang dia suka.