in

“Ajal maut kita Allah yang tentukan” – Dr Hisham Jawab Isu MP Bintulu Tuduh ‘DG Takut Mati’ Sebab Tak Turun Padang

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing mengatakan Dr Hisham “takut mati” kerana tak turun padang melawat kes Covid-19 di Sabah semasa perbahasannya semalam.


Ekoran ini, dalam Sidang Media Perkembangan Baru Kes Covid-19 semalam, Ketua Pengarah KKM itu menyatakan tak timbul isu takut mati atau sebaliknya, lapor Berita Harian.

Tidak timbul isu takut mati. Sebagai orang Islam kita terima kematian di mana-mana ia akan berlaku, bukan hanya turun padang atau tidak.”

27Nt04Nor 1585395010

Jelasnya, beliau telah pun ke Sabah sebelum Pilihan Raya Kecil Sabah berlangsung untuk meninjau keadaan di sana dan timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong dan Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri turut turun padang untuk meninjau situasi Covid-19 di Sabah.

Kementerian Kesihatan telah pun membuat perancangan khusus di Sabah dan saya sendiri turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat pengurusan kesiapsiagaan kita dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.”

Tambahnya lagi, apa yang lebih penting adalah niatnya untuk melaksanakan tugas dan memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara seperti yang diamanahkan kepadanya.

Di Twitter peribadinya, Dr Hisham turut memberikan semangat kepada frontliners yang sedang berjuang memerangi pandemik Covid-19 ini.

Tak cukup dengan itu, netizen juga turut menyatakan sokongan kepada Dr Hisham dan percaya dengan tugasan yang dilakukan olehnya sepanjang pandemik melanda negara.

Screenshot 2020 11 12 At 12.08.13 Pm Down

 

Baca: “Ini suara petugas barisan hadapan” – [Video] Parlimen Kecoh Lepas MP Bintulu Tuduh Dr Hisham ‘Takut Mati’

Screenshot 2020 11 12 At 12.22.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.