in

Ajal Kerana COVID-19, Ketua Anti-Vaxx Israel Minta Pengikut Terus Menentang Vaksin

Hai Shaulian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Ini adalah satu cubaan untuk menghapuskan saya.”


Begitulah posting terakhir yang sempat dimuatnaik seorang ketua aktivis anti vaksin terkenal Israel, Hai Shaulian sebelum dia meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada Isnin, 13 September lalu.

Pun begitu, Shaulian, 57, masih tetap berkeras menolak vaksin COVID-19 sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat wabak maut berkenaan.

Screen Shot 2021 09 13 At 18.49.53 E1632020290576

Pada Sabtu, dua hari sebelum kematiannya, Shaulian ada memuatnaik satu gambar dirinya yang memakai alat bantuan pernafasan beserta kapsyen yang mengesa pengikutnya terus menyambung perjuangan menolak vaksin.

“Keadaan kritikal. Saya tak boleh bercakap atau berinteraksi dengan sesiapa. Saya tiada oksigen dan sukar untuk stabil,” tulis Shaulian.

Lapor The Times of Israel, Shaulian percaya bahawa dia akan sembuh daripada wabak itu dengan bantuan Tuhan tidak lama lagi. Lelaki itu juga sebelum ini pernah menyertai tunjuk perasaan membantah sistem Green Pass kerajaan.

07Virus Briefing Israel 1 Mediumsquareat3X V2 E1632020361599

Untuk pengetahuan, sistem Green Pass akan mengehadkan kemasukan ke banyak premis perniagaan dan lokasi majlis kepada mereka yang sudah menerima vaksinasi, pulih daripada COVID-19 atau mereka yang diuji negatif virus terbabit.

Menerusi satu video, Shaulian juga mendakwa pihak polis cuba untuk meracunnya selepas dia ditahan dalam tunjuk perasaan menentang sistem Green Pass.

“Ini adalah satu cubaan untuk hapuskan saya dan jika ada sesuatu terjadi pada saya, ketahuilah kebenarannya,” katanya.

Susulan daripada kematian Shaulian akibat jangkitan wabak COVID-19, para pengikutnya masih memegang teguh pada pendirian mereka, malah, ada juga yang membuat dakwaan tidak berasas bahawa Shaulian sebenarnya dibunuh.

Sumber: Times of Israel

Baca: “Kalau berjangkit, kami boleh lawan!” – Tak Boleh Terima Kena #StayAtHome, Siap ‘Heret’ Anak Sekali Pergi Protes

Protest Lockdown E1632019775765

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.