in

Air Masuk Dalam Telinga? Cuba 6 Cara Ini Untuk Keluarkannya

Feature 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain sakit gigi, antara benda yang tak selesa yang terpaksa dihadapi oleh manusia ialah apabila telinga masuk air. Perkara ni sering terjadi kepada kita semua ketika mandi atau berenang.


Disebabkan kejadian ni boleh bawak gaduh sebab telinga tersumbat dan pendengaran pun akan terjejas sedikit, jadi, kali ini kami nak kongsikan dengan anda enam cara yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan masalah air dalam telinga ni. Tapi, jangan lupa dapatkan juga nasihat doktor sebelum cuba kesemua cara ni ya. 

#1 Goyangkan telinga 

Menurut SehatQ.com, cara ini boleh mengeluarkan air dalam telinga kita. Caranya ialah tarik sedikit cuping telinga kita dengan perlahan dan kemudian goyangkan sambil iringkan kepala ke arah bahu. Tapi, ingat, tarik tu jangan sampai sakit pulak. Kang tak pasal-pasal jadi benda lain. 

Telinga1
Gambar sekadar hiasan

#2 Guna pengering rambut 

Kalau cara tadi tak menjadi, boleh cuba kaedah ni pula untuk sesiapa yang ada hair dryer kat rumah. Cara-caranya mudah je, letakkan pengering rambut berdekatan dengan telinga dan guna tahap kepanasan yang paling rendah. Letak hair dryer tu dalam jarak lebih kurang 30 sentimeter daripada telinga sebab kalau dekat sangat, takut pulak kalau berlaku renjatan elektrik.

Anda juga perlu goyangkan cuping telinga ketika menggunakan kaedah ini. Haba dari pengering rambut boleh membantu anda dengan masalah air dalam telinga tadi.

#3 Guna wap air 

Untuk kaedah ini pula, anda perlu ambil air panas dan letakkan dalam bekas yang sesuai. Kemudian, letakkan telinga yang berkaitan tadi berdekatan dengan wap air mengikut jarak yang sesuai.

#4 Berbaring mengiring 

Rasanya ramai yang guna cara ini untuk keluarkan air dalam telinga kan. Caranya pun senang sahaja, berbaring mengiring pada bahagian sebelah telinga yang tersumbat tadi selama beberapa ketika sehingga air tu keluar dengan sendirinya.

#5 Mengunyah makanan 

Cara ini pula agak mudah sebab kita hanya perlu mengunyah makanan untuk keluarkan air yang tersumbat. Selain itu, menurut Liputan6.com, menguap juga boleh membantu anda.

Telinga 2
Gambar sekadar hiasan

#6 Guna ubat titis telinga 

Kalau semua cara yang dibuat tetap tak berjaya nak keluarkan air tersebut, boleh cuba dapatkan ubat titis khas untuk telinga di farmasi atau klinik berhampiran. Namun, dapatkan dulu nasihat doktor atau pegawai perubatan sebelum gunakannya sebab menurut Medical News Today, kaedah ini tak selamat untuk mereka yang pernah menghadapi masalah jangkitan pada telinga dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, jika korang dah try kesemua cara di atas namun air masih juga tak keluar dalam tempoh 24 jam, segera lah ke hospital atau klinik berhampiran untuk dapatkan rawatan daripada pakar.

Yang paling penting, jangan guna cotton bud untuk keluarkan air tu sebab dikhuatiri akan berlaku jangkitan di telinga. 

Sumber: SehatQ.com, Medical News Today, Klik Dokter, Liputan6.com

Baca: Panduan Sekiranya Serangga Masuk Telinga Anak, Nombor 2 Ramai Orang Buat

Telinga

Sumber: Klik Dokter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.