Ahli lembaga pengarah untuk sebuah syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd, telah ditahan oleh pihak polis selepas dia disyaki terbabit dengan kes pengubahan wang haram.
Lelaki yang bergelar datuk berusia 57 tahun itu telah ditahan bersama isterinya, 55, dan anak lelaki yang berusia 26 tahun.
Artikel Berkaitan : “Hack data Jabatan Imigresen” – Ketua Sindiket Bergelar Datuk Ditahan, Jual Pas Palsu Kepada Warga Asing
Artikel Berkaitan : Berparti Liar Di Janda Baik, Datuk Seri Antara 25 Yang Ditahan & Positif Dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Tangkapan dilakukan kira-kira 5.30 petang di Shah Alam, Selangor.”
Difahamkan, JSJK akan mendapatkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek selama 4 hari. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan kegiatan ahli perniagaan ini yang dikatakan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan menjadikan syarikat penerbangan sebagai tempat untuk ‘mencuci duit’.
Pendedahan itu juga mendakwa suspek yang mempunyai beberapa syarikat lain turut terbabit dalam aktiviti penipuan.
Suspek dikatakan pernah dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), selain disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan polis.
Sumber: Harian Metro, FMT