Sesetengah warga emas yang telah menjangkau umur 60 tahun ke atas selalunya lebih suka duduk rumah sebab dah pencen. Masa ni lah betul-betul nak rest kan sebab dah bertahun-tahun bekerja non stop.
Namun, lain pula ceritanya bagi seorang wanita yang berusia 79 tahun ini. Walaupun dah jadi warga emas, Wang Biyun masih lagi aktif menari terutamanya tarian Latin dan balet, lapor South China Morning Post. Siap boleh buat split weh!
Bukan itu je, wanita ini juga dikenali sebagai ikon fesyen sebab baju-baju dia semua cantik dan up-to-date. Power betul dia ni, jangan ingat orang muda je boleh berfesyen tau.
Walaupun dah berusia, dia juga masih lagi aktif bersenam di gym. Jogging pun dia sentiasa buat jugak. Admin nak lari dua pusingan kat sekolah dulu pun dah semput.
Wang Biyun juga akan memastikan bahawa dia sentiasa menari selama satu setengah jam pada setiap hari. Mungkin ni lah rahsia-rahsia kenapa dia nampak sihat je kan.
Difahamkan, dia telah mula menari sejak berumur 14 tahun sebab dia dulu pernah menyertai sebuah kelab menari dan menyanyi. Kiranya, dah lebih 60 tahun dah dia berada dalam bidang tarian ni.
Walaupun dia telah bersara dari kelab tersebut pada tahun 1990, Wang Biyun masih lagi aktif menari sehingga ke hari ini. Yang menariknya, dia juga pernah masuk pertandingan China’s Got Talent pada 2019 dan dia siap menari Latin lagi dalam competition tersebut.
Disebabkan dia bukan biasa-biasa, dia juga mempunyai sehingga 15 juta pengikut di media sosial. Korang boleh tengok video dia menari ni di Youtube.
Betul lah kata orang, umur tu tak penting pun. Ada juga yang kata, umur tua takpe, tapi mindset kena macam orang muda.
Baca: “Power lah nek!” – Nenek Umur 90 Tahun Diiktiraf Sebagai Gamer Tertua di Dunia