Makin nak dekat raya ni, memang makin meriah sana sini. Ramai pakat shopping sakan, lagi-lagi semua dah semangat nak balik kampung untuk beraya dengan keluarga, segala persiapan dah mula buat dari sekarang.
Bukan tu je, kalau kita cakap pasal hari raya, mesti akan terus terbayang duit raya kan? Duit raya ibarat satu kewajipan yang akan disediakan oleh tuan rumah dan sekarang ni pun ramai dah mula pergi tukar duit raya.
Disebabkan orang ramai mula sibuk berada di bank untuk proses menukar duit sebelum menjelang Aidilfitri, baru-baru ini tular di Twitter apabila seorang ejen insurans menerima kecaman hebat dari netizen.
Pantang nampak duit terus nak ditakafulnya, pastu bab claim nanti slow nak mampus pic.twitter.com/tJFhsWvKwm
— azlili (@azliabdaziz) April 26, 2022
Ejen insurans tersebut menerima pelbagai kecaman apabila kaitkan situasi orang ramai di bank untuk tukar duit raya dengan takaful. Ayat yang ditulis dari screesnshot status WhatsApp itu juga kedengaran agak sinis.
“Ramai orang pergi bank nak tukar duit raya dari RM350 ke RM1. Tapi sayang tak ramai orang kita nak cari agent takaful untuk tukar RM100 kepada RM350,000” – Tulis ejen insurans
“Marketing libatkan duit, baguslah!”
Walaupun telah dibaca berkali-kali, ayat yang ditulis itu sekadar untuk menaikkan tawaran takaful yang diberikan namun orang ramai menyifatkan ianya terlalu melampau untuk dikaitkan dengan hal penukaran duit raya.
“Orang tukar duit raya setahun sekali bukan tiap2 bulan ngok..” – Komen netizen
Ekoran itu, rata-rata menasihatkan agar ejen insurans yang lain untuk tidak suka-suka menggunakan situasi terkini untuk mempromosikan tawaran takaful masing-masing kerana itu akan memudaratkan diri mereka sendiri.
Hmm, memang susah sekarang nak tukar duit. Betul lah orang kata, lain macam penangan raya tahun ni!
Baca: Viral Netizen Kutuk Insurans Malaysia Banyak ‘Tak Cover’, Ejen Tampil Bersuara