Ramai terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sebelum ini termasuklah golongan artis. Antaranya ialah Adibah Noor yang memenangi tempat keempat dalam Gegar Vaganza musim ke-8 malam tadi.
Menerusi mStar Online, Adibah Noor Mohd Omar, 52 akui kesusahan yang dialami itu dan tiada rasa malu. Jadi, dengan kemenangan wang sebanyak RM 20,000 itu, Adibah Noor dah pasang hajat untuk langsaikan segala hutang yang dia dah pinjam.
“Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas.”
Katanya lagi, dia akan simpan sedikit untuk masa depan dan akan bercuti jika ada baki lebih. Selain pendedahan itu, Adibah juga turut menyatakan bahawa GV 8 telah mengajar dirinya untuk bersikap lebih terbuka dan tidak cepat menilai.
“Sebelum ini kata-kata saya berbisa bila menulis di media sosial. Program GV 8 membuatkan saya sedar dan tidak lagi bersikap judgemental. Apa sahaja berlaku lebih baik diam dan telan sahaja.”
Berkenaan dengan komen netizen terhadap dirinya sepanjang pertandingan itu berlangsung, Adibah menyatakan bahawa dia faham kerana mereka hanya komen dengan apa yang dipersembahkan.
Rezeki buat Adibah Noor, kami juga turut doakan agar Adibah kembali aktif dalam dunia seni dan dimurahkan rezeki lagi. Amin.
Baca : “I deserved it” – Adibah Noor Akui Layak Dapat ‘Bottom 3’ Lepas Ubah Lagu Bunda HKE Jadi Dikir Barat