in

Adegan Minum Arak Untuk Berbuka Puasa, Netflix Dikecam Kerana Persenda Islam

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang melihatkan seorang wanita Muslim berbuka puasa dengan minuman keras. Difahamkan, video tersebut adalah potongan daripada siri original Netflix ‘Why Are You Like This’.


Drama in berkisarkan sekumpulan rakan yang terdiri daripada Penny, Mia, dan Austin dalam menghadapi hari-hari mereka.

Dalam babak tersebut, Mia sedang duduk bersama seorang rakan dan waktu untuk berbuka pula hampir tiba. Rakan lelaki Mia membuat countdown apabila tinggal beberapa saat sahaja lagi untuk berbuka.

Seperti Muslim yang lain, kita akan membaca doa apabila berbuka puasa. Mia turut tidak terkecuali untuk memulakan minumannya dengan lafaz Bismillah.

2 1

Namun, apa yang mengejutkan penonton adalah minuman yang diteguk untuk berbuka puasa tersebut adalah minuman keras. Selesai sahaja meneguk cawan itu, rakan-rakan di sekeliling Mia bersorak kegembiraan.

3

Meninjau di ruangan komen hantaran video tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan Netflix yang tidak menjaga sensitiviti penonton mereka yang beragama Islam.

Ada juga yang beranggapan ini hanyalah sekadar gurauan dan babak lucu di dalam drama ini.

Apa pendapat anda tentang adegan berbuka puasa ini?

 

BACA: Netflix Dikecam Lepas Keluarkan Trailer ‘Cuties’, Filem Yang Menonjolkan Unsur Seksual Kanak-kanak

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.