in

Adegan LGBTQ Dalam Kartun, Netizen Minta Pantau Bahan Tontonan Anak

jurassic park 1

Isu adegan LGBT ini telah hangat diperkatakan di media sosial apabila sebelum ini filem animasi Lightyear telah dibatalkan tayangannya di Malaysia kerana mempunyai unsur hubungan sesama jenis yang jelas melanggar norma kehidupan masyarakat di negara ini.

Unsur LGBT dalam kartun di siaran televisyen

Isu ini berterusan dan berlaku kepada sebuah siri animasi yang ditayangkan di sebuah siaran televisyen yang bertajuk Jurassic World Camp Cretaceous.

Perkara tersebut telah dikongsi di laman Facebook oleh Karina Vailes yang menceritakan pengalaman paniknya semasa menonton siri animasi itu bersama dua anak lelakinya.

295820185 5016297375142754 2856717253226881411 n 1

Jelasnya, ketika bersama dua anak lelaki, dia terkejut dengan pengisian siri animasi tersebut  memaparkan babak yang tidak seharusnya ada terutamanya di dalam bahan tontonan anak.

“Saya terkejut apabila salah satu watak animasi tersebut telah mengakui perasaanya terhadap watak yang sejantina lalu terus melakukan babak bercium itu.”

Dia juga turut mempersoalkan terhadap tindakan siaran televisyen tersebut yang tidak menyekat babak tersebut ataupun tidak menukar tapisan siri animasi tersebut kepada kandungan matang.

“Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak.”

Katanya juga, menonton siaran televisyen yang berunsurkan kanak-kanak sepatutnya dihidangkan dengan perkara yang baik bukannya dengan babak atau agenda yang mampu merosakkan fikiran anak-anak.

Dia juga dimaklumkan bahawa babak hubungan cinta lesbian tersebut akan menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu espisod dan tidak berhenti pada adegan itu semata-mata.

Menurut Kosmo, ibu bapa telah diberi peringatan untuk melarang dan menjauhkan siri animasi tersebut daripada anak-anak disebabkan adegan hubungan LGBTQ antara dua watak perempuan.

Netizen kecewa dan minta pantau bahan tontonan anak

Perkara ini juga telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka telah meluahkan rasa kecewa terhadap siri animasi tersebut dan meminta semua ibu bapa memantau kandungan atau bahan tontonan anak agar ia tidak terjadi kepada animasi kanak-kanak yang lain.

Ada juga daripada mereka yang mengatakan anak-anaknya sedang menonton siri animasi tersebut di laman platform Netflix.

Screenshot 2022 07 29 at 1.33.51 PM

Screenshot 2022 07 29 at 1.33.51 PM 1

Apa-apapun bagi min, adegan dewasa yang keterlaluan seharusnya tidak patut dipertontonkan dan dimasukkan ke dalam bahan tontonan anak. Korang macam mana pula?

 

Baca: Chris Evans Pertahan Lightyear, Dakwa Individu Kecam Babak LGBT Bodoh & Akan Pupus Macam Dinosaur

Screenshot 2022 07 29 at 1.37.39 PM

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook