in

“Ada yang nak tambah quota?” – [VIDEO] Lelaki Bawa 3 Isteri Keluar Sekali, Netizen Puji Rapat Macam BFF

Fi Madu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita cakap pasal soal poligami, mesti ramai kaum wanita yang tak setuju untuk dimadukan. Mestilah kan, siapa je yang betul rela berkongsi orang yang kita sayang.


Tapi lain pula dengan kisah kalini, apabila seorang lelaki ni yang dikatakan mempunyai tiga isteri dan boleh membuatkan mereka rapat.

 

Rapat macam BFF

Baru-baru ini telah tular di media sosial, video yang menunjukkan seorang lelaki membawa ketiga-tiga isterinya keluar bersiar-siar.

Namun yang menarik perhatian sekarang ini, ketiga-tiga isterinya kelihatan rapat semacam dan nampak seperti tiada masalah ke apa.

Menurut salah seorang isteri, dia menyatakan bahawa suami mereka itu biasa-biasa sahaja. Tapi yang penting adalah dia pandai untuk berlaku adil terhadap mereka bertiga. Lain maciammm

Beberapa buah video telah dimuat naik di akaun TikTok @zizahmardhiah dan sehingga kini telah meraih lebih dari 400k views.

@zizahmardhiah

Reply to @inaraamani23 ada nak cukup kan quota ke? Btw follow lah tiktok madu Saya @ujieeeemanjaaa @niesaaaaa__

♬ Rude Remix – DRXML

Dapat dilihat para isteri sangat rapat antara satu sama lain. Boleh keluar makan, boleh juga keluar buat aktiviti sama-sama. Memang baguslah dia orang ni.

@zizahmardhiah

Cuba teka mana madu bongsu? #salamramadhan #fypシ #fyp #madutiga #zizahmardhiah

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

 

“Camne kalau balik raya?”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang seronok melihat keakraban mereka bertiga itu selain ada yang bergurau menanyakan macam mana nak tentukan giliran balik kampung siapa waktu raya nanti.

Reak Madu 1 Edit

Reak Madu 2 Edit

Reak Madu 3 Edit

Happy je tengok dorang bahagia, apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka okay

 

Baca : Ibu terjah, awak pun terjah; Gadis Ditegur Hakim, Ikut Ibu Bantai Madu Pertama Dengan Payung

Foot Madu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.