in

Ada Masalah Kesihatan, Anak P. Ramlee Rayu Tempoh Wang Royalti Karya Bapa Dipanjangkan

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

P. Ramlee, satu nama yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Rata-rata daripada kita semua membesar dengan filem dan lagu P. Ramlee, dan ia tidak pernah membosankan meskipun ditonton berulang kali.


Terbaharu, anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 63 merayu kepada kerajaan untuk membantu memanjangkan tempoh wang royalti karya bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang diterima selama ini.

Jelas Sazali, dia dan isteri sudah tua dan berdepan dengan masalah kesihatan. Situasi ini membuatkan mereka tidak boleh bekerja untuk menampung berbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Sazali P Ramlee

Sazali turut berharap agar wang royalti bapanya boleh diteruskan untuk tempoh tiga tahun lagi untuk menampung perbelanjaan tahunan mereka. Sambungnya, jumlah wang royalti yang diterima sekarang tidak sebanyak seperti dahulu.

Kudrat saya tidak sekuat zaman muda. Saya nak keluar bekerja pun sangat susah. Sebagai waris tunggal saya harap kerajaan dapat melihat semula dan membantu saya.

“Kalau boleh wang royalti bapa saya diteruskan untuk tempoh tiga tahun lagi. Ia sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya dapatlah saya menampung perbelanjaan tahunan saya dan isteri.

“Lagipun jumlah wang royalti yang diterima sekarang ini tidak sebanyak dulu. Saya tak boleh jadi kaya pun dengan wang itu, sebaliknya dapat digunakan untuk perbelanjaan harian saya” katanya kepada sumber.

Bh 20160713 Dhramlee 2381145 E1553235907127

Sebelum ini, Sazali ada menghubungi MACP untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai pemintaannya supaya pihaknya dan kerajaan memanjangkan tempoh perlindungan hak cipta.

Bagaimanapun, MACP mendakwa pihak mereka masih belum menerima sebarang jawapan daripada kerajaan pada ketika itu.

Untuk rekod, ada persatuan hiburan dan artis yang memohon kepada kerajaan agar menaikkan tempoh perlindungan hak cipta kepada 70 tahun berbanding 50 tahun ketika ini, agar waris boleh menerima royalti selama-lamanya.

Kredit: Harian Metro

BACA: Studio Hollywood Mahu ‘Remake’ Filem P. Ramlee, Penggambaran Berlangsung Di Malaysia

Cats 29

Sumber: Dewan Budaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.