in

“Ada guru yang tak pakai mask atau pakai mask bawah dagu”- Pelajar Kecewa Guru Tidak Patuh SOP Di Sekolah

Guru Langgar Sop

Mulai hari ini semua sekolah di seluruh negara yang berada di Zon Merah Covid-19 ditutup.

Namun sekolah-sekolah yang tidak terlibat akan berjalan seperti biasa, dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM.

Persoalannya adakah SOP ini benar-benar dipatuhi?

Mengejutkan bila ada seorang individu (dipercayai pelajar) meluahkan rasa kecewa terutama ke atas guru-guru di sekolahnya sehingga dia membuat petisyen.

*Bagaimanapun dia tidak mendedahkan lokasi atau nama sekolah.

3 1

 

WE DEMAND KPM TO FORCE ALL STUDENTS AND TEACHERS TO WEAR MASKS NOW IN MALAYSIA!

Saya duduk di tempat duduk paling depan di dalam kelas dan dan saya perlu sanitize meja saya setiap masa apabila ada guru yang tidak memakai topeng / meletakkan topeng di bawah dagunya, dan ia semakin meletihkan dan menyakitkan hati, mereka selalu mendakwa bahawa mereka perlu bercakap / sangat panas .. TETAPI MEREKA TIDAK SEDAR YANG AIR LIUR MEREKA MUNGKIN MENGANDUNGI COVID-19 DAN KEMUDIAN TERSEBAR!

Ada juga beberapa guru yang tak ambil kisah pun tentang pelajar, bila pelajar mula berkumpul/tidak pakai mask/pakai mask di bawah dagu/ berkongsi meja, mereka tak halang! SEBAB KADANG-KADANG MEREKA JUGA ‘MELAKUKANNYA’.Bila kami berbaris untuk membeli makanan di kantin, kami boleh buat penjarakan sosial tapi pada masa lain, bila kami berbaris, tiada langsung penjarakan (pergi kelas, pergi kantin, balik sekolah).

1 1

Saya sendiri saksikan 7-8 guru di sekolah saya berkumpul dan ambil ‘wefie’ tanpa amalkan penjarakan sosial dan pakai mask.

Justeru katanya, mewakili semua pelajar dia meminta Kementerian Pendidikan Malaysia untuk ambil tindakan sewajarnya dengan segera.

Malah dia meminta masyarakat di luar sana untuk sign petisyen tersebut bagi memberi kesedaran sekaligus menarik perhatian KPM berkenaan isu tersebut.

Sehingga kini seramai 604 orang telah sign petisyen tersebut.

 

Klik SINI untuk tengok petisyen tersebut.

Baca : “Orang dulu pinggang macam kerengga” ; Gambar Klasik Guru-guru Wanita Zaman 60-an Raih Perhatian Netizen

Baca

Sumber: facebook
Sumber: Petisyen