in

Ada Guna Tali Langsir Macam Ni Kat Rumah? Korang Wajib Baca!

Langsir 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata rumah mesti ada langsir, kan? Ada yang corak bunga-bunga, ada yang renda-renda, lepas tu ikat dengan tali langsir yang cantik-cantik tu kan. Nampak macam tak ada yang bahaya pasal langsir macam tu, tapi lain pula jadinya kat Ipoh ni.


Tali langsir membawa maut?

Menurut Berita Harian, seorang kanak-kanak umur dua tahun meninggal dunia kat kediaman dia di Halaman Meru Impian, Meru Raya akibat terjerut tali pengikat langsir. Kanak-kanak tu katanya sedang main sorang-sorang kat ruang tamu rumah.

Langsir 1
gambar hiasan

Masa kejadian, adik tu tinggal dengan ibu tiri sebab ayah dia yang kerja sebagai pensyarah tak ada kat rumah nak selesaikan urusan kerja. Anak sulung diorang yang umur lima tahun pulak waktu tu kat tadika.

Kanak-kanak tersebut katanya ada minta makanan dengan mak dia, then mak tiri dia berikan biskut sebelum tinggalkan kanak-kanak tu untuk ke dapur memasak.

“Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby

Ika
gambar hiasan

“Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.”

Ibu tiri kanak-kanak tu ada cuba untuk beri bantuan pernafasan tapi denyutan nadinya dah terlalu lemah. Lepas tu cepat-cepat la anak kecil tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Namun kemudiannya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian kanak-kanak tu memang akibat tergantung.

 

Apa yang perlu dibuat?

Jika kamu ada tali langsir kat rumah, make sure korang:

1. Jangan tinggal tali langsir tergantung dekat hook

Aiman 1

Kalau korang tinggal tersangkut je macam tu nanti akan lebih mudah untuk kepala ataupun leher kanak-kanak terjerut. So seeloknnya jangan tinggalkan macam tu je, simpan kat tempat lebih tinggi atau tempat yang lebih tersembunyi dari pandangan kanak-kanak.

 

2. Kalau ada lebihan tali langsir, jangan tinggal terjuntai tapi ikat elok-elok atau simpulkan tali

Aiman 2
Sumber: Curtain Ideas

 

3. Kalau ada curtain blinds, ikat tali lebih tinggi supaya tidak boleh dicapai kanak-kanak 

Aiman 3
Sumber: abnormaluse

Sebenarnya common untuk bayi dan kanak-kanak lemas tercekik tali-tali macam ni. Jadi korang kena sentiasa hati-hati dan ingat untuk ikat tali tu tinggi sikit ye! Siapa sangka tali langsir boleh menyebabkan kematian. So parents kena sentiasa aware and make sure to follow these steps if you have kids at home.

Diharap cerita ni jadi iktibar untuk semua parents supaya lebih berhati-hati in future…

Baca: Bayi Baru Lahir Ini Meninggal Dunia Sebab Nenek Bagi Makan Makanan ‘Solid’

Solid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.