in

“Ada bran?” – Kediaman Baru Rupanya Bekas Rumah Mayat, Siap Ada Lif Barang Khas Hantar Jenazah!

Rumah Mayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasaan korang kalau korang dapat tahu rumah yang korang baru nak beli ada sejarah menyeramkan?

Australia 1 E1636856698426

Begitulah apa yang dihadapi pasangan suami isteri di Amerika Syarikat ini yang dapat tahu kediaman yang mereka beli rupanya bekas rumah mayat hanya beberapa hari sebelum melengkapkan pembayaran. Kalau min kat tempat diorang, memang seriau satu badan dah. Silap-silap, cancel terus pembelian.


Pun begitu, pasangan suami isteri, Kaycee dan Andrew Olague ini membuat keputusan untuk teruskan pembelian mereka dan kini sedang sibuk menjalankan proses renovation untuk mengubah suai struktur bekas rumah mayat terbabit supaya ia sesuai didiami keluarga.

Couple Discovers E1636856842949

Pasangan yang berasal dari San Francisco ini ada memuat naik beberapa video di laman sosial TikTok mengenai proses renovation yang diorang tengah buat. Siap cerita pasal sejarah rumah sekali. Tapi, yang paling menariknya, tentu sekali perkongsian pasangan ini tentang beberapa ciri ‘lain maciam’ yang mereka jumpa di dalam kediaman ini yang boleh buatkan bulu roma korang tegak terpacak!

File2 1024X768 1 E1636856982845
Gambar hiasan

Menerusi akaun TikTok @thisoldmortuary, Kaycee dan Andrew menceritakan mengenai sebuah bilik bawah tanah di kediaman terbabit yang dipercayai menjadi tempat mengawet mayat.

Lebih menakutkan, bilik terbabit mempunyai beberapa cangkuk di bahagian siling  yang mungkin digunakan untuk menggantung mayat-mayat yang bakal diawet.

Jelas Kacey dalam salah satu video perkongsiannya, kediaman mereka tu mempunyai tingkap tambahan di beberapa bahagian yang selalunya tidak ada pada rumah keluarga biasa. Katanya, ruangan yang mempunyai tingkap tambahan ini dijadikan viewing room pada suatu masa dulu dimana waris si mati akan datang untuk melihat jenazah.

Quinns Of Glasthule Funeral Home Viewing Room E1636857093912
Gambar hiasan

Malah, pasangan ini juga percaya ruangan yang kini menjadi tempat meja makan mereka adalah salah satu viewing room yang diperkatakan.

Terdapat beberapa ciri lain di dalam rumah ini yang agak unik di mana ada sebuah kabinet berhampiran pejabat Kacey yang digunakan untuk menyimpan abu mayat.

Selain itu, terdapat juga lif barangan yang dahulunya khas digunakan untuk menghantar mayat.

Setakat artikel ini ditulis, akaun TikTok berkenaan mempunyai 44.6 ribu pengikut dan 157.9 ribu tanda suka.

Pengguna laman sosial TikTok lain juga ada meninggalkan komen mengenai rumah yang didiami pasangan ini. Ada yang berharap pasangan ini tak akan diganggu sebarang aktiviti paranormal sepanjang tinggal di situ.

“Kalau saya, memang dah angkat kaki. Tak berani nak duduk situ,” kata netizen.

Difahamkan, bekas rumah mayat berkenaan mula dibangunkan pada tahun 1923 dan ia juga pernah menjadi kedai menjual perabot selepas perniagaan rumah mayat terbabit berpindah ke lokasi lain.

 

Sumber: New York Post

Baca: “Ingatkan dia cuma kumpul anak patung klasik” – Ibu Bapa Terkejut Anatoly Moskvin Awet & Kumpul Mayat Budak Perempuan

Mayat3 E1636853956396

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.