Satu kejadian luar biasa telah berlaku di Singapura selepas seorang wanita yang telah disahkan positif Covid-19 melahirkan seorang bayi yang bebas dari wabak tersebut.
Menurut Free Malaysia Today yang memetik Sunday Times, bayi milik Celine Ng-Chan yang dilahirkan pada awal bulan ini dipercayai memiliki antibodi semula jadi terhadap Covid-19.
Celine turut merasakan ini perkara yang pelik tapi benar. Pakar ibu dan kanak-kanak yang mengikuti perkembangannya berkata, antibodi beliau (Celine) telah hilang tetapi anaknya mempunyai antibodi Covid-19 itu. Pakar berpendapat antibodi dalam badannya berkemungkinan besar telah diserap oleh anaknya semasa dalam kandungan.
Laporan hospital telah mengesahkan Celine adalah salah seorang wanita di Singapura yang menghidap Covid-19 ketika mengandung dan selamat melahirkan anak yang bebas Covid-19 setakat ini. Antibodi dalam badan Aldrin, anak kepada Celine, menunjukkan dirinya immune kepada virus tersebut.
Baca: Ibu Ajaib! Wanita Lahirkan Bayi Kembar Ketika Koma Akibat Covid-19