in

“Abg rasa masa abg tak lama dah” – Lelaki Terkilan Tak Dapat Tunai Permintaan Abang, Sebelum Dia ‘Pergi’ Selamanya

Fi Abg Minta Air Gas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir setiap hari, angka kematian akibat dijangkiti wabak Covid-19 ini berada dalam tahap yang sangat menakutkan. Hari ini saja, sebanyak 318 kes kematian baharu dicatatkan.


Di samping itu juga, banyak kisah sedih yang kita dengari oleh waris mangsa Covid-19 ini. Selain daripada tak dapat nak urus ahli keluarga secara berdepan, tak mampu nak tunaikan permintaan terakhir mangsa juga jadi perkara yang amat berat untuk ahli keluarga.

 

Baru je berbalas WhatsApp.. Beberapa jam kemudian pihak hospital call

Beberapa hari lalu, satu perkhabaran duka dikongsikan oleh saudara Aweef mengenai perbualannya bersama abangnya di Twitter.

Menerusi perkongsian itu, dia menyatakan seperti tak percaya bahawa abangnya dah ‘pergi’ buat selamanya. Hal ini disebabkan dia baru saja berbalas WhatsApp bersama Allahyarham abangnya, namun mendapat panggilan daripada pihak hospital tentang pemergiannya itu.

Twit Abg Nak Air Gas 1

Aweef juga ada berkongsikan screenshot perbualan mereka itu. Abangnya seakan dapat tahu, bahawa mungkin tempoh hayatnya dah tak lama. Jadi dia memberi maklumat peribadi seperti e-mail dan juga password akaun media sosialnya untuk dipadam oleh Aweef.

Selain itu, dia juga turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap adik tersayang di samping turut berulang kali meminta maaf kepada Aweef.

Abg Nak Air Gas 1 Edit Abg Nak Air Gas 2

 

Terkilan tak sempat minta maaf.. Abang minta air gas

Aweef juga turut menyatakan kekesalannya, sebab tak mampu untuk tunaikan permintaan terakhir Allahyarham yang mahukan air bergas perisa oren untuknya.

Walau bagaimanapun atas rasa sayang, Aweef dengan nada tegas menasihati abangnya sebab takut kesihatannya akan lebih terjejas.

Sambil itu, dia turut memaklumkan bahawa prosedur urusan jasad dijangkiti Covid-19 ini amat rumit tapi Aweef kagum dengan usaha dilakukan oleh pihak frontliner.

Twit Abg Nak Air Gas 2

Abg Nak Air Gas 3 Edit Abg Nak Air Gas 4

 

Abang berjangkit virus Covid dengan pesakit katil sebelah

Tambah Aweef juga, abangnya ditahan di hospital sebab menderita pelbagai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan rapi. Tapi dah dinamakan takdir, abangnya telah berjangkit virus Covid-19 dengan pesakit lain di katil sebelahnya sendiri.

Twit Abg Nak Air Gas 3

Abg Nak Air Gas 6

Sedih bila makin banyak kisah-kisah di sebalik pesakit yang dijangkiti Covid-19 ini. Kita doa supaya virus ni cepat pergi.

 

Baca : “Tak boleh bernafas, sakit dada” – Pesakit Covid-19 Belum Divaksin Kongsi Pengalaman, Gesa Semua Ambil Vaksin

Foot Abg Nak Air Gas

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.