Seperti yang kita ketahui, kerjaya sebagai seorang pengantar makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih lebih lagi kalau waktu puncak ataupun ketika hujan.
Malah kadang-kadang, geng rider ini bukan setakat menghantar makanan tapi ada juga ‘terpaksa’ buat perkara-perkara lain untuk pelanggan mereka.
Disini ada beberapa kisah yang sempat dikongsikan oleh pengguna Grab, yang menunjukkan rider atau driver diorang melakukan lebih daripada sekadar membuat penghantaran.
#1. Sediakan WIFI Untuk Pelanggan
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1370361497201696773
Zaman sekarang ni, jaringan internet merupakan sesuatu yang agak penting. Mana tidaknya, banyak benda penting dilakukan hanya menggunakan telefon pintar je. Dekat situlah nak mesej kawan, dekat situlah nak check baki akaun, dan dekat situ jugalah nak pesan makanan atau kenderaan.
Satu perkongsian di twitter ini agak menarik perhatian ye. Kalau driver Grab lakukan perkara ini, mungkin kita rasa biasa. Tapi, bila ia dilakukan oleh rider Grab, ini sesuatu pemikiran diluar kotak ye.
#2. Sediakan Gula – Gula / Jajan
Bayangkan, korang tengah penat – penat, dahaga atau pun lapar, ada pulak disediakan minuman dan makanan dalam grab yang korang naik tu, fuh terbaik sangat! Tapi kalau bulan puasa macam sekarang ni, tunggu waktu berbuka sahajalah. Mintak kebenaran abang grab untuk bawak balik sebijik lolipop.
Orang berbudi, kita berbahasa. Tak salah kan?
#3. Berikan Diskaun Sebab Pesanan ‘Take Care’
Kita tak tahu apa yang rider dan driver Grab ni lalui sepanjang hari. Dan perlu diingatkan, mereka juga manusia, ada perasaan. Kalau diorang tak salah, buat apa nak marah atau tinggalkan review yang teruk, betul tak?
Sebenarnya, diorang ni tak adelah nak mintak pujian ke apa. Kadang – kadang, kita ucapkan terima kasih atau berikan senyuman pun diorang dah happy tau. Untung – untung, dapat diskaun pulak. Macam perkongsian di bawah ni…
Tak salah berbuat baik sesama manusia kan? Pahala dapat, seronok pun dapat.
#4.Sedekah Makanan Guna Duit Sendiri
Kisah ni sebenarnya kami pernah kongsikan sebelum ini. Rider – rider di Singapura ni telah bersepakat membantu golongan gelandangan yang ada disana dengan menggunakan duit poket mereka sendiri.
Sebenarnya, kami yakin je rider – rider Grab Malaysia ni ada jugak yang melakukan perkara yang sama, tapi memilih untuk ‘low profile’ betul tak? Tak viral tak semestinya tak berkongsi, kan?
#5. Sentiasa Mendoakan Kebaikan Orang
Kisah terakhir ini agak menyentuh hati min jugak sebenarnya. Mana tidaknya, selain tidak putus memberikan zakat, brader Grab dari Pulau Pinang ini tidak pernah putus mendoakan kebaikan orang lain.
Menarik kan?
Inilah satu sisi lain rider dan driver Grab yang jarang – jarang kita perasan, iaitu.. selain kita sebagai pelanggan, sebenarnya ada ramai yang akan bermanfaat dan bergembira dari pesanan kita kerana di setiap pesanan kita tu, ia boleh menceriakan ramai orang.
Contohnya golongan peniaga – peniaga kecil yang agak terjejas semenjak pelaksanaan PKP. Jadi, apa salahnya kita sokong dengan buat pembelian melalui aplikasi Grab!
Selain membantu dorang,dalam masa yang sama kita jugak membantu berikan kebahagiaan dekat abang dan kakak Grab ni tau. Setidaknya, dapat diorang ‘duit raya’ ekstra tahun ni kan.
Di Sebalik Pesanan, Berganda Kebaikan
Macam – Macam Ada, Dari Ramadan Sampai Raya!
Ha, sempena bulan Ramadan ni, ada banyak promosi – promosi yang menarik yang berlangsung di Grab melibatkan kesemua perkhidmatan di Grab seperti GrabFood, GrabMart, GrabPay, GrabExpress, GrabRewards dan Home Makeover yang menyediakan perkhidmatan seperti renovasi, pemasangan aircond pembersihan rumah dan lain – lain lagi.
Antara yang menarik ialah potongan 30% untuk pembelian kurma di GrabMart atau potongan 30% + 30% atas pembelian bahan untuk memasak atau membuat kuih raya dengan menggunakan kod : RAMADANDEALS
Korang juga boleh berkongsi kebaikan dengan kawan – kawan dan keluarga dengan GrabGifts.
Ada pelbagai voucher berbentuk gifcard yang boleh dibeli dan diberikan sebagai hadiah bermula serendah RM10 dan yang best nya, korang boleh pilih design kad yang korang nak. Salah satu contohnya :
Oh ye, kalau korang belum shopping raya lagi, ada diskaun 30% diskaun untuk pembelian online dan di kedai fizikal menggunakan GrabPay. Tapi, kena cepat sebab promosi ini sehingga 26 Mei sahaja!
Jadi, apa tunggu lagi? Sama sama kita sokong inisiatif dan promosi yang dilakukan di Grab ini! Ajak kawan – kawan, keluarga gunakan perkhidmatan yang ada di Grab untuk beli belah ke, hantar barang ke, beli juadah berbuka dan macam – macam lagi.
Ingat…. Di setiap pesanan, berganda kebaikan!
Untuk maklumat lanjut pasal semua offer yang ada sempena Ramadan di Grab ni, boleh tengok di link ini. Apa lagi, jangan lambat tau nanti melepas!