in

#Abah Trending Di Media Sosial, Seloroh Muhyiddin Yaasin Kata ‘Abah Rotan’ Dikritik Netizen

Aa 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kita dikejutkan dengan peningkatan kes positif Covid-19 mendadak iaitu sebanyak 691 kes. Oleh itu, ramai pihak yang tertanya-tanya adakah pihak kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Persoalan ini terus menjadi tanda tanya apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengumumkan siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 pada jam 6 petang semalam.

Namun, semasa perutusan tersebut beliau hanya mengatakan PKP akan dilaksanakan secara bersasar di kawasan yang diisytiharkan zon merah.

A2 2

Apa yang menarik perhatian semasa sesi siaran langsung itu, Muhyiddin yang menggelarkan dirinya ‘Abah’ sempat berpesan kepada mereka yang enggan mematuhi SOP akan dikenakan kompaun dengan mengatakan “Maaflah jika Abah ini sudah mula menggunakan rotan.”

Panggilan mesra itu tidak lagi diterima baik boleh netizen malah mengundang pelbagai komen sehingga tanda pagar #Abah dan #MuhyiddinIsOut tular di media sosial.

 

Pelbagai komen dari netizen

Rata-rata netizen mengkritik Perdana Menteri dan menyifatkan sekarang bukan masanya untuk berseloroh dengan ungkapan ‘Abah rotan’.

A4

Saya tidak dapat membayangkan seorang Perdana Menteri negara lain memanggilnya sebagai Daddy. Memalukan. Negara mencatatkan 691 kes, bayi berusia 1 tahun dan PM bercakap soal ‘rotan’. Saya mahukan PM bukan Abah.

 

A5

Saya hanya berharap Perdana Menteri kita lebih bersimpati dengan pemergian seorang bayi serta tiga individu yang lain pada hari ini daripada membuat lawak dengan gelaran ‘abah’. Ucapan takziah akan lebih dihargai bagi mereka yang memerlukannya.

 

 

Tidak ketinggalan, dalam pelbagai tomahan yang diterima, masih ada netizen yang menyokong usaha Muhyiddin dalam menerajui dan memerangi wabak Covid-19 di negara kita ini.

A1 1

Terus kuat Abah. Apa pun yang berlaku kami sensitiasa sokong. Jaga diri Abah.

A 3

Hanya kerana dia berkata “abah guna rotan,” kalian semua trendingkan #MuhyiddinIsOut #NotMyPM. Dia adalah salah seorang PM paling prihatin yang kita pernah ada. Kita dapat BPN, BSH dengan tambahan RM100 dan bantuan Perkeso. Tolong lebih bijak dan jangan jadi toksik.

 

D2 2

 

Fokus kita sekarang adalah untuk terus berjuang lawan wabak ni. Jaga diri dan patuh SOP. Semoga negara kita berada dalam keadaan yang selamat dan dijauhkan dari penyakit yang memudaratkan.

Baca: “Abah nampak penat dan stress..” – Ramai Simpati Tengok Keadaan TS Muhyiddin Masa Perutusan Khas

A6

 

Sumber: Youtube
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.