Macam yang korang tahu, baru-baru ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba ada mengumumkan yang tiada lagi Pusat Pemberian Vaksin PPV walk-in akan dibuka di Lembah Klang mulai 15 September ini.
Pun begitu, korang semua jangan risau dan tak perlu berpusu-pusu untuk serang PPV hujung minggu ni sebab Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memberitahu beberapa Klinik Kesihatan akan menyediakan khidmat walk-in vaksin ni.
Bermula 16 September 2021, penduduk Lembah Klang yang masih belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19 mereka di klinik kesihatan tertentu sahaja. Pusat Pemberian Vaksin tidak lagi menerima vaksinasi walk-in bermula tarikh tersebut.”
Bagi individu yang terlepas temujanji dos kedua vaksin Covid-19 atas sebab-sebab tertentu tu pula, korang boleh tunggu janji temu seterusnya yang akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera.
Dekat bawah ni pula, korang boleh tengok senarai PPV yang akan ditutup pada bulan September ni supaya korang tak tersilap pergi.
Manakala senarai Klinik Kesihatan yang akan menyediakan perkhidmatan vaksin secara walk-in ini pula akan diumumkan tak lama lagi.
Kalau korang nak maklumat lanjut tentang vaksin ni, korang rajin-rajinlah buka laman sosial media rasmi JKJAV atau layari laman web vaksincovid.gov.my.
Baca: Tiada Lagi PPV ‘Walk In’ Di Lembah Klang Bermula 15 September Ini