in

Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang Menyamar Jadi Polis dan Paksa Wanita Myanmar Lakukan Seks Oral

Mbpp
Sumber: Wikiwand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang bekerja di Majlis Bandaraya Pulau Pinang didakwa menyamar sebagai seorang pegawai polis dan memaksa wanita warganegara Myanmar untuk melakukan seks oral terhadapnya. Menjijikkan!


Menurut The Star, lelaki berusia 22 tahun itu mendekati wanita berkenaan yang sedang berjalan berseorangan berdekatan sebuah padang di Bandar Baru Air Itam. Ketika kejadian pada Isnin (28 Ogos) kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan memakai pakaian biasa dan menaiki motosikal.

Air Itam
sumber: wikiwand

Ketika mendekati wanita berusia 25 tahun itu, lelaki tersebut memberitahunya bahawa dia merupakan seorang pegawai polis. Dia kemudian bertanya ke mana wanita itu mahu pergi dan adakah dia membawa pasport.

Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Anuar Omar,

“Dia kemudian menyuruh wanita itu membonceng sebelum membawanya ke sebuah unit kosong di tingkat 17 blok apartmen di Jalan Thean Teik.”

Ketika di rumah kosong itu, dia terus mengarahkan wanita berkenaan untuk menanggalkan pakaian sementara dia juga menanggalkan baju serta membuka zip seluarnya dan mengarahkan wanita tersebut melakukan seks oral terhadapnya.

Tidak cukup dengan serangan seksual itu, lelaki berkenaan kemudian meminta wanita tersebut memberikannya subang telinga dan rantai emas.

Serang
gambar hiasan

“Ketika menunggu lif untuk meninggalkan apartmen tersebut, seorang penghuni yang berasa curiga menyoal mereka. Selepas mendapat tahu apa sebenarnya yang terjadi, penghuni itu menyuruh lelaki tersebut untuk memulangkan barangan kemas wanita itu dan menghubungi pihak polis.”

Lelaki tersebut kini ditahan reman sehingga hari Ahad dan sedang disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana hubungan seks luar tabii. Mangsa pula dilaporkan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Harap dia diberikan hukuman setimpal di atas perbuatannya!

Baca: Pencuri Gay ‘Blowjob’ Lelaki Mabuk Kerana Tertarik Dengan Wajah Kacak Sebelum Merompaknya

Thief Gives Handsome Unconscious Man Blowjob And Handjob Before Robbing Him World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.