in

Jangan Takut Pergi Mall! Premis Dikunjungi Individu Positif COVID 19 Selamat Selepas Dinyahkuman – KKM

Palsi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak muncul banyak kes positif COVID 19 melibatkan beberapa pusat membeli belah yang terkenal di Lembah Klang, rakyat Malaysia nampaknya seperti dalam keadaan trauma dan sangat berjaga-jaga.


Perkara ini juga telah menyebabkan tersebarnya berita tidak palsu yang mengatakan tidak selamat untuk mengunjungi pusat membeli belah tersebut setelah ia dikesan dengan kes COVID 19.

Menurut Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini dalam postingnya di Facebook menjelaskan bahawa premis yang dikunjungi individu positif Covid-19 selamat digunakan selepas proses nyahkuman dilakukan. 

Maklumat tidak tepat ini telah tular di media sosial. Lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif akan dilakukan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Isnin, 28 September 2020

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kawasan yang dikunjungi individu yang dijangkiti COVID 19 itu akan dilakukan proses pembersihan dan nyahkuman.

“Selepas proses itu selesai, ia selamat untuk dibuka dan diguna semula seperti sediakala.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diamalkan seperti biasa,” katanya.

Beliau pada masa yang sama menasihati orang ramai agar tidak sebarkan maklumat palsu dan sentiasa menyemak laman Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dari semasa ke semasa.

Haa ingat tu… jangan sebar berita palsu kepada orang ramai. 

Baca: Senarai 6 Shopping Mall di Lembah Klang Yang Dilaporkan Mempunyai Kes COVID-19

Suri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.