Apa perasaan korang kalau couple korang curang lepastu dengan muka tak bersalah cari korang balik untuk menggunakan perkhidmatan korang.
Mesti rasa sakit hati, marah, sedih semua bercampur aduk kan? Tapi kena kekal kan tahap profesionalisme sebab itulah tempat korang cari makan. Admin kalau ada kat tempat Melinda ni admin tak sanggup.
Ex-couple contact balik minta tolong make up kan
Melinda ni merupakan seorang make up artist (MUA), dia ni dulu ada boyfriend dan mereka dah jalinkan hubungan selama 5 tahun.
Tapi apakan daya, hubungan cinta pasangan dari Indonesia ni tak tahan lama, Melinda break up sebab boyfriend dia curang. Nak dipendekkan cerita, si ex ni dah nak kahwin dengan orang baru tu. Lepastu nak tahu apa yang jadi?
Family ex tu contact Melinda untuk make up kan diaorang sekeluarga. Aduhai, kalau admin jadi Melinda pun rasa berkecamuk.
Baru tadi mak ex aku minta aku make up kan family diaorang, minta aku bawa team dengan assistant”
Barusan mamanya mantan minta aku ngmakeup seluruh keluarga besarnya, minta aku bawa team dan asisten.
WKWKWKWKW
INI GIMANA KALO AKU JADIKAN THREAD? GIMANA KALO AKU BIKIN BUKUjudulnya:
"Hubunganku 5 tahun kandas diselingkuhi berakhir ngerias keluarganya di hari nikahannya"
— jodohmu (@MelindaAghnia) July 3, 2019
Pergh sedih pedih bhaii! Tak ke awkward namanya tu? Tweet ringkas Melinda dah raih lebih 12,000 jumlah retweet!
Ramai netizen support Melinda untuk ‘pedajal’ ex dia tu.
Pakai crayon je – Netizen
Menurut sumber, Melinda pernah make up kan kakak kepada ex dia suatu ketika dahulu dan family dia suka dengan air tangan Melinda. Tapi tak sangka lah pula family dia boleh cari walaupun dah breakup.
Alahai, kesiannya tapi keputusan bergantung pada Melinda samada nak ambil atau tak, kalau nak ambil pun kena lah ada profesionalism tu. Telan je lah, kalau tak nak tolak je cara baik. Tak gitu?