in

9 Posisi Tidur Ini Gambarkan Personaliti Seseorang, Korang Yang Mana Satu?

Posisi Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang di dunia mempunyai posisi tidur masing-masing. Ada yang selesa tidur memeluk sesuatu dan ada pula yang lebih nyenyak tidurnya bila mereka baring tegak macam askar.


Mungkin kedengaran remeh, tapi, korang tahu tak yang setiap posisi tidur ni sebenarnya menggambarkan personaliti korang?

Kali ini, admin akan kongsikan 9 posisi tidur yang dapat menunjukkan personaliti seseorang. Walaupun, ia tidaklah dijamin tepat tetapi sedikit sebanyak ia dapat memberitahu kita tentang perwatakan seseorang.

1. Log

Posisi Tidur Log E1606616136764

Kalau korang tidur macam ni, ia bermakna korang ni jenis yang easy-going dan suka bersosial. Kawan-kawan korang pula suka dengan korang sebab perwatakan korang yang ceria. Walaupun begitu, mereka yang tidur dalam posisi ini dikatakan sangat muda mempercayai orang lain walaupun baru first time jumpa.

2. Fetal

Fetal E1606616676955

Juga dikenali sebagai posisi tidur bayi, korang yang tidur dengan posisi ini dikatakan seorang yang nampak tough di luar tapi sebenarnya seorang yang sensitif. Kira macam dalam hati ada taman la.

Menurut kajian, korang yang tidur dalam posisi ni jugak seorang yang lebih introvert.

3. Starfish

Starfish E1606617365980

Posisi starfish merujuk kepada mereka yang tidur dengan kedua belah tangan di atas kepala. Bagi korang yang tidur macam ni, korang adalah seorang kawan yang baik, setia, ringan tulang dan merupakan seorang pendengar yang baik.

4. Soldier

Soldier E1606621911508

Digelar posisi tidur askar, mereka yang tidur dalam posisi ini dikatakan menetapkan standard yang tinggi untuk diri sendiri dan orang lain. Korang yang tidur tegak macam ni juga merupakan seorang yang cool, pendiam dan sangat berdisiplin.

5. Yearner

Yearner E1606622185923

Korang yang tidur dengan gaya ni dikatakan seorang yang open-minded dan sangat berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Walau bagaimanapun, bila korang dah buat keputusan, memang susah untuk korang tukar fikiran.

6. Stargazer

Stargazer E1606622545674

Posisi stargazer merujuk kepada korang yang tidur terlentang dengan tangan berada di bawah kepala.

Mereka yang tidur dengan gaya ni dikatakan seorang yang happy-go-lucky dan selalu mementingkap persahabatan dalam kehidupan. Namun begitu, posisi ini juga menunjukkan anda mungkin seorang yang tamak dan mempunyai expectation yang tak masuk akal.

7. Heron

6. The Heron Style E1606622842265

Gaya tidur heron merujuk kepada korang yang suka tidur mengiring atau meniarap dengan satu kaki diangkat ke dada. Dikatakan berpesonaliti sukar dijangka, mereka yang tidur dalam posisi ni mengalami mood swing dan sukar membuat keputusan.

Selain itu, mereka yang tidur dengan gaya ni juga suka suasana yang senyap sunyi.

8. Freefaller

Freefaller E1606622990891

Kalau korang tidur meniarap dan kadang kala peluk bantal, posisi tidur korang ni dikenali sebagai freefaller.

Korang yang tidur dengan gaya ni dikatakan sebagai seorang yang extrovert dan mempunyai keyakinan tinggi. Walau bagaimanapun, korang mungkin sukar untuk menerima kritikan.

9. Hugger

Hugger E1606623214372

Hugger merujuk kepada sesiapa yang suka tidur memeluk sesuatu. Korang yang tidur dalam posisi ini dikatakan sangat mementingkan hubungan korang dengan kawan-kawan dan keluarga. Selain itu, korang juga sanggup lakukan apa sahaja untuk orang lain.

Mana satu posisi di atas ni posisi tidur korang? Tinggalkan jawapan di ruangan komen

Sumber: Ranker, BBC, What The What, Liputan 6

Baca: “11 Mitos Mengenai Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Ketahui

Artis Hamil 4 Da5E52Ae0Acd56Ab30237380Ea513191 E1606621327934

Sumber: Kaodim
Sumber: Freepik
Sumber: Romper
Sumber: Army Mil
Sumber: Biggietips
Sumber: Gosocial
Sumber: Blushy Babe
Sumber: Pinterest
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.