in

11 Mitos Mengenai Kehamilan Yang Bakal Ibu Perlu Ketahui

Artis Hamil 4 Da5E52Ae0Acd56Ab30237380Ea513191 E1606621327934

Sejak akhir-akhir ini, kisah mengenai kehamilan wanita dan kelahiran di rumah yang tidak selamat oleh doula-doula yang tidak bertauliah sering mewarnai timeline di media sosial. Perdebatan antara pihak doktor dan golongan yang mendakwa mereka pakar dalam membidankan ibu hamil ini telah membuatkan ramai wanita di luar sana keliru dan sering terikut-ikut dengan mitos yang tidak betul berdasarkan ‘Doktor Facebook’ atau Google.

Untuk mengelakkan ibu-ibu hamil di luar sana mengikut mitos-mitos yang belum tentu disahkan betul atau tidak, berikut kami senaraikan 11 mitos mengenai kehamilan yang bakal ibu perlu ketahui.

 

1. Wanita dengan punggung besar senang melahirkan anak

103210 Melahirkann
gambar hiasan

Kita selalu dengar tentang mitos yang mengatakan wanita berpunggung besar akan mudah melahirkan anak, malah ada juga yang mengatakan bahawa wanita ini akan melahirkan anak yang bijak-bijak belaka. Tidak diketahui sama ada dakwaan ini benar atau tidak, walau bagaimanapun menurut The Bright Side, saiz punggung yang besar tidak ada kena mengena dengan laluan mudah bagi bayi dari rahim ke serviks wanita. Saiz ukuran anak sama ada besar atau tidak dikatakan turut mempengaruhi proses kelahiran tersebut.

 

2. Saiz dan bentuk perut menandakan bayi lelaki atau perempuan

201710058874722
gambar hiasan 

Mitos yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu adalah dengan menilik jantina bayi melalui saiz dan bentuk perut. Kata makcik-makcik yang expert dalam tilikan ini, perut si ibu yang bersaiz lebar menandakan dia sedang mengandungkan anak perempuan. Manakala bentuk perut ibu yang agak tajam ke depan pula menandakan dia sedang hamil anak lelaki.

Namun menurut kajian saintifik yang dilaporkan BBC, terdapat dua perkara yang menyebabkan saiz dan bentuk perut ibu mengandung berubah-ubah: saiz bayi yang dikandung dan posisi bayi dalam rahim. Bentuk dan saiz baby bump bakal ibu tidak ada kena mengena dengan jantina bayi. Ingat tu!

 

3. Kerap lakukan ultrasound tidak baik untuk bayi?

Shutterstock 339536309
gambar hiasan

Ada dalam kalangan bakal ibu kadang-kadang takut nak buat ultrasound kerana bimbang proses tersebut bakal beri kesan tidak baik pada bayi. Betul ke macam tu? Menurut Web MD, sehingga setakat ini tiada kajian saintifik yang mengatakan bahawa prenatal ultrasound boleh mendatang kemudaratan kepada bakal ibu dan bayinya.

Ultrasound juga tidak menghasilkan sebarang radiasi, ia hanya menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bayi di dalam kandungan. Pun begitu, gelombang yang digunakan juga sangat rendah dan prosedur yang dijalankan tidaklah begitu lama. Para ibu tidak perlulah risau akan kesan buruk proses ini.

 

4. Ibu hamil dilarang meniarap!

Sleep On Your Stomach
gambar hiasan

Ramai yang menegah para ibu untuk tidur di bahagian perut ketika sedang mengandung. Hal ini kerana ia takut akan memudaratkan bayi dan sesetengah bakal ibu juga berpendapat bayi akan terpenyek kerana melakukan hal tersebut. Erkk!

Namun kajian daripada Pub Med menunjukkan bahawa bayi yang terlindung di dalam otot rahim selamat dan sentiasa dilindungi. Wanita yang hamil sebenarnya boleh meniarap dan tidur di bahagian perut mereka sekiranya mereka selesa melakukan hal tersebut. Tapi pastikanlah anda jangan lasak-lasak pula, kasihan bayi di dalam kandungan tu!

 

5. Ibu hamil tidak boleh berlari

Ibu Hamil Olahraga
gambar hiasan

Opss! Jangan sangka ibu mengandung itu lemah dan sentiasa terbaring di atas katil. Kalau ada seorang ahli sukan dan terbiasa melakukan larian, ibu tersebut masih boleh meneruskan aktiviti  berlari seperti biasa. TETAPI harus diingatkan juga, wanita yang mengalami komplikasi dalam kehamilan, pendarahan dan masalah lain berkaitan kandungan lebih baik elakkan daripada melakukan aktiviti ini kerana bimbang akan memberi kesan buruk kepada bayi.

 

6. Morning sickness hanya berlaku pada waktu siang dan trimester pertama

Morning Sickness Tak Hanya Dialami Ibu Hamil Tra
gambar hiasan

Morning sickness adalah antara simptom yang sering berlaku kepada 80% wanita yang hamil di awal trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada di antara wanita yang salah anggap akan simptom ini dan menyangka ia berlaku pada waktu pagi sahaja. Morning sickness boleh berlaku pada bila-bila masa dan pakar juga memanggilnya sebagai “all-day-sickness”.

Selain itu, 20% wanita mengalami morning sickness ini tidak hanya pada trimester pertama, namun sehingga hari mereka melahirkan bayi. Kesiannya!

 

7. Ibu hamil tak boleh angkat tangan ke atas kepala kerana ia boleh buat bayi tercekik

Hamil
gambar hiasan

Jujur ini mitos yang paling pelik pernah kami dengar! Mengangkat tangan anda ke atas tidak boleh menyebabkan tali pusat menjerut leher bayi anda. Ish, ish, ish! Malah apa-apa sahaja pergerakan si ibu juga tidak akan memberi sebarang kesan kepada tali pusat di dalam rahim.

 

8. Wanita hamil tak boleh bela kucing 

Shutterstock 2392811081
gambar hiasan

Memang benar ada di kalangan kucing dengan penyakit rare seperti toxoplasmosis boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran pada sesetengah kanak-kanak. Namun ini tidak bermakna anda yang membela kucing patut buang si comel atau berinya kepada orang lain sebaik anda disahkan hamil.

Sebaik-baiknya bagi bakal ibu, anda patut elakkan daripada membersihkan kotak najis kucing. Namun kalau anda terpaksa juga membersihkannya sendiri, lebih elok kalau bakal ibu ini memakai sarung tangan dan membersihkan tangan anda secepat yang mungkin selepas selesai mencuci. Haa bakal bapa yang bela kucing tu elok ambil alih tugas ni. Kesian kat isteri tu tau! 

 

9. Wanita hamil selalu dalam mood happy

Pama
gambar hiasan

Ramai yang menganggap wanita yang hamil selalunya mesti dalam mood gembira pada setiap masa kan? Iyalah mana tak happy, bakal timang cahaya mata tak lama lagi. Namun tahukah anda 14 ke 23% wanita mengalami depresi semasa sedang hamil? Kebanyakan wanita ini bertarung dengan rasa stress, keliru, takut dan perasaan yang tidak selesa lain.

Pun begitu, naik turun emosi ini mungkin berpunca daripada perubahan hormon di bahagian otak. Depresi seperti ini patut dirawat secepatnya kerana bimbang ia akan memudaratkan ibu dan bayi.

 

10. Apa yang berlaku di luar rahim tidak akan jejas keadaan fetus

Ibu Dan Bayi
gambar hiasan

Dahulu tidak ramai yang tahu bahawa bayi yang berada di dalam kandungan sebenarnya boleh mengetahui apa yang terjadi di dunia luar. Menerusi penemuan demi penemuan, doktor kini sedar bahawa bayi boleh mendengar bunyi, terutamanya suara ibu mereka yang boleh menenangkan mereka di dalam kandungan.

Selain itu, bayi juga boleh melihat cahaya di luar perut si ibu dan berkalih jikalau cahaya tersebut terlalu terang. Mereka juga boleh merasa makanan yang ibu mereka makan dengan menghidu serta menjilat placenta dan dinding rahim. Ramai juga tidak tahu bahawa bayi boleh bermimpi semasa berada di dalam rahim lagi dan berinteraksi dengan dunia di luar perut ibu mereka. Hmm menarik juga ni! Mesti bakal ibu tak sabar bermanja dengan si kecil yang masih di dalam perut tu. 

 

11. Ibu nampak berseri kalau hamil bayi lelaki?

Amyra
gambar hiasan

Betul ke kata orang ibu yang hamil anak lelaki wajah berseri-seri? Kalau hamil anak perempuan, wajah ibu tersebut pula dikatakan kelihatan kusam dan malas bersolek. Aik macam tak betul je sebab tak semua wanita mengalami pengalaman yang sama kan?

Apa-apapun melalui penjelasan saintifik, diketahui bahawa wajah ibu-ibu yang tampak kemerahan dan tegang serta berseri-seri itu disebabkan perubahan fisiologi yang sedang berlaku ke atas tubuh mereka. Pun begitu, ada juga wanita yang mengalami masalah jerawat dan bintik-bintik merah dek kerana peningkatan hormon dan minyak yang banyak pada wajah.

Seri di wajah para ibu tiada kena mengena langsung dengan jantina. Lagipun mestilah wajah para ibu berseri-seri. Tak sabar nak menanti anak yang bakal lahir nanti!

Anda percaya dengan mitos-mitos ini tak? Kongsikan bersama kami pengalaman anda! 

Baca: 20 Doktor Perubatan Yang Anda Patut Follow di Facebook

Dokc