Semalam kita dikejutkan dengan berita berlakunya insiden letupan kompresor pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara.
Dilaporkan seramai 10 orang mangsa telah terlibat dalam insiden ini di mana 9 orang cedera manakala seorang meninggal dunia. Kejadian yang berlaku di kawasan kampus itu mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan kakitangan, susulan bunyi letupan yang sangat kuat.
Jumlah mangsa daripada insiden tersebut telah dilaporkan seramai 10 orang iaitu sembilan mengalami cedera dan satu daripadanya disahkan maut. Kejadian yang berlaku di kawasan kampus itu mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan kakitangan, susulan dengan bunyi letupan yang sangat kuat.
Jadi bagi yang ingin memahami kes ini sepenuhnya serta perkembangan yang kita tahu setakat ini, boleh teruskan membaca artikel di bawah.
Artikel Berkaitan: Keselamatan Kampus Jadi Keutamaan Susulan Insiden Letupan di Bukit Damansara – Lobak Merah
Artikel Berkaitan: Anggota Polis Tampar Penunggang Motosikal Di Stesen Minyak Kini Disiasat PDRM – Lobak Merah
Apa yang berlaku?

Satu kejadian letupan melibatkan pendingin hawa dilaporkan telah berlaku di sebuah kampus universiti swasta di Bukit Damansara sekitar tengah hari semalam, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan pelajar dan kakitangan.
Difahamkan, kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di kawasan terlibat sebelum satu bunyi letupan kuat kedengaran. Hasil siasatan awal mendapati yang letupan tersebut dipercayai berpunca daripada kebocoran gas pada unit pendingin hawa.
Walaupun tiada kebakaran dilaporkan, tapi impak letupan tersebut turut menyebabkan kerosakan pada sebahagian struktur bangunan dan memerlukan pemeriksaan keselamatan lanjut oleh pihak berkaitan.
Mangsa yang terlibat

Seorang individu telah disahkan maut manakala sembilan lagi cedera dalam insiden letupan tersebut. Mangsa yang maut merupakan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal berusia 24 tahun dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), yang mana sedang menjalani latihan industri bersama sebuah syarikat penyelenggaraan pendingin hawa.
Difahamkan, mangsa terlibat dalam tugasan berkaitan kerja pembaikan di lokasi kejadian dan dijadualkan untuk menamatkan latihan industrinya pada 15 Januari ini.
Menurut laporan, pihak UTAR memaklumkan kehadiran mangsa di lokasi berkenaan adalah sebahagian daripada tugasan rutin latihan industri yang dijalankan. Pihak universiti turut mengesahkan bahawa pelajar yang menjalani latihan industri akan dilindungi insurans, jadi proses tuntutan akan dibuat selepas semua dokumen berkaitan diperoleh.
Dalam masa yang sama, sembilan mangsa lain yang mengalami kecederaan daripada insiden letupan ini termasuklah empat orang pelajar, seorang kakitangan universiti, dua pekerja asing yang bekerja di kafeteria kampus tersebut serta dua kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat serpihan dan kesan letupan seperti melecur dengan sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan serius. Semua mangsa yang cedera ini telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Reaksi daripada pihak universiti

Dalam sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak universiti, kejadian tersebut disahkan berlaku di kawasan dapur sebuah premis makanan dan minuman yang terletak di tingkat empat salah satu bangunan kampusnya di Bukit Damansara.
Susulan insiden itu, pelajar serta kakitangan yang berada di bangunan berkenaan segera dipindahkan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan, manakala pasukan kecemasan tiba tidak lama selepas menerima makluman.
Pihak universiti memaklumkan tumpuan utama ketika ini adalah terhadap individu yang terkesan, selain bekerjasama rapat dengan pihak kecemasan serta berhubung secara langsung dengan keluarga terlibat.
Bangunan yang terjejas akan ditutup sementara waktu sehingga siasatan selesai dijalankan, manakal pemeriksaan keselamatan dalaman turut dilaksanakan di kampus berikut.
KPT tidak beri kompromi dalam aspek keselamatan

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihak kementerian tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan demi memastikan persekitaran kampus yang selamat dan kondusif supaya kesejahteraan warga pendidikan tinggi terus terjamin.
Oleh itu, pihak kementerian sarankan pihak universiti yang terlibat untuk segera menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas semua kemudahan, memastikan kawasan terjejas disahkan selamat sebelum digunakan serta memberi sokongan kebajikan dan rawatan kepada semua mangsa.
Dalam masa yang sama, pihak kementerian akan terus memantau perkembangan insiden ini dan sebarang maklumat mengenai kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke sema
Hal ini kerana, pihak berkuasa masih belum mengesahkan punca teknikal sebenar yang dipercayai menyebabkan kebocoran gas yang diikuti dengan letupan. Oleh demikian, insiden ini masih dalam siasatan pihak polis dan bomba.
