in

8 ‘Orang Istimewa’ Yang Mungkin Korang Tak Tahu Wujud Dalam Dunia

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat pelbagai jenis orang yang wujud dalam dunia ni, ada yang tinggi, ada yang pendek, ada yang gemuk, ada yang kurus. Tapi juga, terdapat orang-orang yang dilahirkan dengan ciri-ciri yang ganjil wujud di antara kita.

Jadi pada artikel kali ini, kita akan tengok beberapa “orang istimewa” yang lain dari apa yang biasa kita tengok. Jom kenali mereka!


1. Jyoti Amge

Jyoti Amge merupakan seorang pelakon India yang terkenal sebagai wanita paling pendek dalam dunia menurut Guinness World Records. Ketika hari lahirnya yang ke-18 pada 16 Disember 2011 yang lalu, Jyoti telah dinobatkan secara rasmi sebagai wanita terpendek dunia dengan ketinggian 62.8 sentimeter.

2. Abby dan Brittany

Abigail dan Brittany Hensel merupakan kembar siam Amerika. Apa yang membuatkan mereka lain dari kembar siam yang ada, adalah bentuk badan mereka yang sangat-sangat simetri sehinggakan mereka dilihat seperti mempunyai satu badan.

Namun begitu, kembar ini mempunyai jantung, perut, tulang belakang, saraf tunjang dan sepasang paru-paru yang berlainan. Setiap seorang dari mereka boleh mengawal satu tangan dan satu kaki. Sebagai bayi, belajar merangkak, berjalan dan tepuk tangan memerlukan kerjasama.

Kalau korang nak tahu, dorang boleh makan dan menulis secara berasingan pada waktu yang sama tapi aktiviti seperti berlari, berenang, menyikat rambut, memandu kenderaan memerlukan pergerakan yang selaras.

3. Nick Vujicic

Nicholas James Vujicic yang merupakan seorang penceramah motivasi ini mempunyai sindrom yang jarang berlaku bernama tetra-amelia di mana dia dilahirkan tanpa tangan dan kaki.

Nick Vujicic dilahirkan di Melbourne, Australia pada tahun 1982 dengan anggota badan yang tidak terbentuk sepenuhnya. Menurut autobiografi yang ditulisnya, ketika dia lahir, ibunya enggan memegang atau melihat dia di hospital. Tak cukup dengan itu, ibu dan bapanya juga turut berlari keluar dari hospital untuk muntah selepas melihat dirinya tanpa anggota badan.

Namun, lama kelamaan pasangan ini mula menerima keadaan anak mereka dan faham dengan perancangan tuhan. Pada awalnya, kesemua jari kakinya tercantum antara satu sama lain, pembedahan telah dibuat untuk memisahkan jarinya supaya lelaki ini boleh menggunakannya sebagai jari untuk mencapai benda.

4. Sajad Gharibi

E4C6De2C12094Fa5F3C6Eed70Bbb5967

Sajad Gharibi adalah seoang ahli bina badan Iran yang dikenali sebagai Persian Hulk. Dalam masa yang singkat, Sajad berjaya mendapatkan pengikut di media sosial lebih dari 100,000 dan turut menunjukkan minat untuk menjadi peninju profesional ekoran otot badannya yang besar dan seberat kira-kira 175 kilogram.

Sajad juga turut menyatakan keinginannya untuk menjadi askar negaranya. Namun begitu, lelaki ini telah menghilangkan diri selepas lawannya berjaya mengalahkannya dalam tinju pada pusingan pertama perlawanan pertamanya.

5. Tom Staniford

Tom Staniford merupakan satu dari lapan orang di dalam dunia yang menghidapi sindrom MDP. Penyakit jarang berlaku ini telah menghalang tubuh badan lelaki ini untuk menyimpan lemak di bawah kulit mahu pun tapak kakinya.

Tom dilahirkan dengan metabolisma normal namun ketika dia berusia 12 tahun, lemak-lemak di muka dan badannya mula hilang. Lelaki ini mempunyai hanya 40 peratus otot berbanding lelaki normal dan pendengarannya juga turut terjejas ekoran keadaannya ini.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut mendapat penyakit kencing manis kerana kadar lemak di dalam darahnya tinggi seperti orang yang menghidap obesiti. Pun begitu, Tom tak pernah membiarkan penyakitnya ini menghalang dia dari hidup seperti manusia normal. Dia juga kini mempunyai teman wanita yang percaya dia sama seperti lelaki normal.

6. Kim Goodman

Kim Goodman adalah seorang wanita yang bolah mengeluarkan mata dari soketnya sejauh 12 milimeter. Dia telah memegang rekod dunia untuk biji mata terkeluar paling jauh.

Wanita yang tinggal di Chicago, Illinois ini telah menemui kebolehan ganjilnya ini ketika dia terhantuk kepalanya. Ekoran dari insiden tersebut, matanya telah terkeluar jauh dari biasa dan sejak itu wanita ini boleh mengeluarkan matanya pada bila-bila masa walaupun ketika dia menguap.

7. Sun Mingming

Sun Mingming And Xu Yan Tallest Married Couple 0037 Tcm25 395646.Jpg

Sun Mingming merupakan lelaki paling tinggi di dunia dengan ketinggian 7 kaki 9 inci, lelaki ini merupakan pemain bola keranjang paling tinggi. Selain menjadi atlet profresional, Sun juga merupakan seorang pelakon dan turut muncul di dalam filem Rush Hour 3 sebagai Kung Fu Giant.

Bukan sahaja dia memegang rekod sebagai lelaki tertinggi dunia, dia juga turut memegang rekod sebagai pasangan paling tinggi di dunia kerana teman wanitanya Xu Yan mempunyai ketinggian 6 kaki 2 inci dan bila digabungkan, mereka adalah pasangan berkahwin tertinggi dengan ketinggian 13 kaki dan 11 inci.

8. Gerkary Bracho Blequett

Longest Tongue Amazing Video.png

Gerkary Bracho Blequett yang berasal dari Amerika Syarikat ini telah menjadi bintang media sosial selepas dia memuat naik beberapa video menunjukkan tipu helah yang boleh dibuat menggunakan lidahnya.

Kalau korang nak tahu lidah gadis ini sangat panjang sehingga dia boleh gunakan lidahnya untuk menyentuh siku, telinga serta menjilat matanya.

Menarik…

Sumber: Austin Media

 

Baca: “Matahari hitam?” – Ini 9 Fenomena Pelik & Luar Biasa Yang Korang Tak Tahu Pun Wujud!

Screenshot 2023 08 04 At 4.36.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.