in

7 Tips Keselamatan Buat Anda ‘Solo Backpacker’ Wanita

123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, kita akan sukar untuk berseronok dan luang masa bersama diri sendiri selepas berkahwin atas sebab komitmen. Jadi, masa bujanglah kita kena luang masa bersama diri sendiri puas-puas betul tak?

Selain daripada shopping dan self-care, solo-backpacking menjadi pilihan orang bujang untuk berseronok dan merasa pengalaman berdikari di tempat orang lain.


Namun agak sukar untuk berbuat demikian buat kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki. Selain daripada faktor tidak diizinkan oleh pihak keluarga, faktor keselamatan juga menjadi sebab utama wanita takut dan sukar untuk bercuti seorang diri.

Jangan risau, ini adalah 7 tips buat anda yang mahu ‘solo backpacking’:

 

1. Jaga barang peribadi semasa di dalam ‘public transport’

1 6

Mereka yang berada di dalam bas atau train memang selalu akan menjadi mangsa ‘pickpocket’. Dalam keadaan yang sesak dan ramai orang, situasi ini membuatkan ‘pickpocket’ akan lebih mudah untuk mencuri jika anda tidak peka akan keadaan sekeliling.

Apa yang anda perlu buat? Jangan simpan barangan penting di dalam beg dan seeloknya, pakai beg anda secara terbalik di hadapan badan.

 

2. Bawa barangan penting sahaja apabila meninggalkan hotel

2 6

Tidak perlu berjalan ke tempat tumpuan ramai dengan membawa semua kad kredit, duit yang banyak dan passport. Bahaya!

Apa yang anda perlu hanyalah barangan penting dan duit yang mencukupi untuk membeli-belah dan situasi kecemasan.

 

3. Jangan terlalu cepat percaya orang

3 7

Apabila anda melancong, adalah satu kebiasaan untuk bergaul dengan masyarakat di sana. Namun sentiasa beringat,jangan mudah untuk percaya orang yang anda baru kenal.

 

4. Periksa minuman anda

4 4

Ini adalah tips yang jarang dihebohkan kepada orang ramai. Jika anda tonton filem atau drama, watak penjahat akan meletakkan pil tidur atau dadah di dalam minuman wanita untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.

Jadi, jaga minuman anda, jangan tinggalkan tanpa pengawasan!

 

5. ‘Blend-in’ seperti penduduk tempatan

5 5

Lebih menonjol pakaian anda sebagai seorang pelancong, lebih besar kemungkinan untuk anda menjadi mangsa ‘pickpocket’.

Sekali-sekala, apa kata anda berpakaian seperti penduduk di situ. Barulah boleh ‘blend-in’ dan rasa budaya di situ!

 

6. Berbelanja lebih untuk keselamatan

6 3

Jika penerbangan anda dijangka tiba ke lokasi pada waktu tengah malam, apa kata anda keluarkan sedikit wang untuk membayar hotel supaya mengambil anda di lapangan terbang, daripada anda menaiki teksi dan cuba untuk mencari hotel tersebut secara berseorangan.

Elakkan berjalan pada waktu malam jika kawasan tersebut tidak ramai orang. Apa salahnya jika anda menaiki teksi, bukankah itu lebih selamat? Lagi satu, jangan lupa ambil insurans!

 

7. Sediakan dokumen dan duit di tempat rahsia

7 2

Meskipun anda sudah menjaga keselamatan diri dengan begitu berhati hati, namun kita tidak boleh menjangka apa yang bakal terjadi.

Jadi, apa salahnya jika anda menyimpan dokumen penting di tempat yang mudah untuk diakses. Sebagai contoh, simpan lampiran kad kredit dan passport di Google Docs atau Dropbox.

Selain itu, simpan juga sedikit duit di tempat rahsia seperti di bawah tapak kasut atau di dalam casing telefon bimbit.

Korang tunggu apa lagi? Kemas beg sekarang!

PS: Kemas beg je, jangan bercuti sekarang okay. Tengah bahaya dengan Covid-19 ni!

 

BACA: “Sengkek betul perangai!” –  Lelaki Tergamak Bagi Isteri Dan Bayi Tidur Tepi Jalan, Gara-gara Nak Jimat Kos Melancong di Eropah

1111

Sumber: Anti Theft
Sumber: Mozo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.