in

7 Port Nasi Kandar Pulau Pinang Bukan Tumpuan Pelancong Tapi Padu! Korang MESTI Cuba!

Kandar 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pergi Penang memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar kan? Trip anda ke Penang tak perfect kalau tak makan makanan signature mamak ni. Ayam goreng berempah ditambah pulak dengan kuah kari yang pekat dan banjir tu, fuhhh menjilat jari beb lepas makan!


Ini dia, admin nak kenalkan dekat korangport nasi kandar Pulau Pinang bukan tumpuan pelancong tapi paduuuu!. Kedai ni semua jarang dikunjungi oleh orang luar tapi menjadi tempat lepak favourite orang Penang sendiri. Jom check it out!

 

1. Nasi Kandar Imigresen

Imi3 2

Kedai ni extra special sebab nasi kandarnya dijual di premis troli roda tiga. Kedai yang terletak di tepi jalan ni mengembalikan memori pada zaman nasi kandar mula menapak di Penang dengan susun atur meja dan kerusi kecil di bawah khemah. Specialty nasi kandar ini ialah bawang goreng ditaburkan di atas nasi kandar korang sebagai pelengkap rasa. Serius makin bertambah sedap nasi kandar tu!

Ditambah pulak ada warung kopi kat sebelah ni, wajib order teh tarik dia sambil pekena sepinggan nasi kandar! Memang surr lah!

Alamat: 8, Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 10.30 am – 9.30 pm (Jumaat tutup)

Kan3
gambar hiasan

 

2. Nasi Kandar Aboo

Abo1 1

Kedudukan kedai ni memang agak tersorok tapi kalau korang tanya orang Penang, depa mesti tau punya! Tak macam kedai nasi kandar lain yang terletak di pulau, kedai ni berada di Seberang Perai dekat dengan jeti Butterworth.

Lauk pauknya menambat hati pelanggan especially kari daging! Sangat umphhh! Tapi yang lebih menarik ialah mamak di sini sangat peramah dan akan sentiasa memastikan nasi dan kuah yang korang ambil cukup. Awwhhh caring la mamak!

Korang jangan terperanjat kalau nampak orang beratur panjang walaupun pada jam 4 pagi sebab kedai ni start beroperasi pada jam 10 malam sampai lah lauk dorang habis.

Alamat: Kampung Bagan Dalam, 12100 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 10 pm sampai lauk habis

Kan2
gambar hiasan

 

3. Nasi Kandar Merlin

Mer2

Nasi Kandar Merlin antara perintis kedai nasi kandar yang memang tak asing lagi bagi orang Penang. Terletak di bawah Hotel Merlin, orang ramai mula beratur seawal 8 pagi lagi. Mak aihhh nasi kandar depa buat sarapan aje weiii…

Selain itu, teh ais dekat kedai mamak ni pun memang padu kaw! Padan gila dengan nasi kandar dia yang kaw jugak tu!

Alamat: 1, Lebuh Penang, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 8 am – 2.30 pm

Kan1
gambar hiasan

 

4. Nasi Kandar Syein Shah

Sye1

Terkejut jugaklah bila dapat tahu ada gerai kecil yang menjual nasi kandar di celahan gerai makanan cina di Hans Food Centre ni. Ramai yang datang sebaik saja kedai ni dibuka untuk tapau sebungkus nasi kandar sebelum masuk kerja.

Lauknya semua memang sedap hingga menjilat jari! Selalunya kedai nasi kandar akan buat ayam goreng berempah kan, tapi kedai ini buat ayam goreng crispy. So korang wajib try!

Harga semua lauknya memang mesra pelanggan. Korang kalau letak ayam dengan telur pun baru RM5 je! Tak macam nasi kandar famous lain yang cekik darah sampai berpuluh ringgit! Opsss!!

Alamat: 92, Jalan Hijau 5, Taman Green Lane, 11600 Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 9.30 am – 3 pm

Sye2

 

5. Nasi Kandar Ceri

Cer1

Kedai ini memang senang nak cari sebab dia terletak berhampiran market dan Masjid Dato Keramat. Dibuka seawal 7 pagi, selain serve nasi kandar, kedai ni jugak sediakan nasi tomato pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Wuish ni mesti try ni! 

Korang tak payah risau kena parking jauh sebab banyak gila tapak parking dekat perkarangan masjid ni. Memang selamatlah!

Alamat: Jalan Air Itam, 10460 Jelutong, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 7 am – 4 pm

Cer2

 

6. Nasi Kandar Mohamed Raffee

Raf1

Kedai ni memang best! Sebab apa? Dibuka 24 jam! Breakfast, lunch, dinner semua boleh! So kalau ada yang cakap kedai ni tutup la, kedai tu tutup la, terus je tuju kedai nasi kandar ni sebab memang confirm buka!

Selain tu, kedai ni pun famous dengan roti canai dorang yang sedap sampai termimpi-mimpi. Pendek cerita, tak pernah lenganglah kedai ni!

Alamat: 295, Jalan Burma, Pulau Tikus, Georgetown, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 24 Jam

Raf2 2

 

 

7. Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Taj2

Lauk di kedai nasi kandar ni memang tiptop dari segi kepekatan dan portion. Kurma kambing dia memang menjadi buruan pelanggan kat sini. Ayam ros pun memang cepat habis so baik datang cepat kalau tak nanti meroyan!

Kalau korang nak tapau je boleh terus beratur kat kaunter tapi kalau korang nak makan situ, korang boleh duduk dulu dan ada mamak yang akan datang ambil order korang. Jangan risau sebab dorang sangat efisien, walaupun ramai pelanggan korang takkan tunggu lama untuk order korang sampai.

Taj1

Alamat: 45-63, Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi: 11 am – 3 pm, 6.30 pm – 10 pm (tutup Ahad)

So tunggu apa lagi, cepat la plan trip Nasi Kandar korang ke Penang hujung minggu ni!

Baca: 7 Makanan Halal Cina Jarang Didengar Yang Orang Melayu Patut Cuba Di Lembah Klang!

Nk1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.