Zaman sekarang ni, memang banyak jenayah yang dah berlaku. Apa yang merisaukan, ada dalam kalangan pesalah merupakan kanak-kanak yang masih bawah umur. Biasanya, mereka akan diambil tindakan undang-undang sebagai penjenayah juvenil.
Akan tetapi, terdapat sesetengah kes juvana memang sangat kejam malah, lebih sadis dari jenayah orang dewasa. Kalau korang nak tahu pesalah-pesalah juvenil ni, korang boleh baca dekat bawah.
1. Erin Caffey
Kes Erin ini pernah menggegarkan Amerika dulu kerana dia sendiri merancang pembunuhan keluarganya dengan dibantu oleh teman lelakinya, Charlie Wilkinson dan rakannya, Charles Waid.
Sebabnya, Erin yang ketika itu berumur 16 tahun marah bila ibu bapanya larang dia untuk berjumpa lagi dengan Charlie. Jadi, dia pergi pujuk teman lelakinya untuk bunuh seluruh ahli keluarganya semasa dia duduk di luar rumahnya di Emory, Texas.
Dipercayai, senjata yang digunakan adalah pistol dan sebilah pedang samurai. Setelah itu, dorang bakar rumah Erin namun, ayahnya yang ditembak berkali-kali sempat menyelamatkan diri.
Kini, dia dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 40 tahun manakala Charlie dan Charles dipenjara seumur hidup setelah ditukar daripada hukuman mati.
Artikel berkaitan: Bengang Kena ‘Bebel’ Sebab Minta Semula Wang Tambang, Budak 13 Tahun Cuba Tikam Pemandu Warga Emas
2. Amardeep Sada
Budak kecil dari India ni merupakan pembunuh bersiri termuda di dunia! Sebabnya, ketika berumur 8 tahun, dia dah bunuh tiga mangsa yang merupakan kenalan terdekatnya.
Dipercayai, kejadian ni berlaku di sebuah perkampungan di Bihar, India di mana dua mangsanya merupakan ahli keluarganya. Menurut sumber, Sada mencekik kedua-duanya sehingga mati. Apa yang peliknya, ibu bapa dia langsung tak lapor pada polis walaupun Sada sendiri dah mengaku pasal jenayah tu.
Mangsa ketiga pula merupakan seorang bayi yang berumur 6 bulan di mana modus operandi yang sama masih digunakan. Kemudian, dia menanam mayat bayi tersebut di suatu tempat dalam perkampungan itu.
Apa yang seramnya, Sada langsung tak rasa bersalah malah senyum bila ditangkap dan disoal siasat oleh pihak polis mengenai kes ni.
3. Mathieu Moulinas
Kes juvana ini pula melibatkan seorang mangsa perempuan iaitu Agnes Marin di Perancis. Pada umur 13 tahun, dia bersama Mathieu yang berusia 17 tahun pergi ke dalam sebuah hutan untuk mencari cendawan halusinogen. Pada ketika itu, Mathieu sedang dalam parol atas tuduhan merogol perempuan yang lain.
Kemudian, dia merogol serta menikam Agnes sebanyak 17 kali sehingga mati. Apa yang kejamnya, dia turut bakar mayat Agnes dengan petrol yang dia beli. Setelah ditangkap pihak berkuasa, dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2013.
4. Sajal Barui
Satu lagi penjenayah juvenil dari India berusia 16 tahun yang membunuh seluruh keluarganya bersama beberapa kawannya pada malam 22 November 1993. Dikatakan, dia berbuat demikian kerana ingin balas dendam akan penderaan yang dia alami di rumah.
Selepas mencekik dan menikam keluarganya dengan sebilah pisau, kawan-kawan Sajal mengikatnya di sebuah kerusi sebagai satu pertunjukan yang dia juga seorang mangsa. Pada masa yang sama, dia juga menipu polis bahawa rumahnya itu dimasuki penceroboh.
Disebabkan keraguan kenyataan Sajal itu, polis menyiasat semula kes tersebut lalu mendapati bahawa Sajal dan rakan-rakannya bersalah. Akan tetapi, mereka langsung tak ada rasa menyesal walaupun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Artikel berkaitan: 9 Remaja Ditangkap Lepas Pukul 3 Tentera Laut Yang Halang Mereka Main Bunga Api
5. Tsuji Natsumi
Siapa sangka classmate sendiri pun boleh melakukan jenayah bunuh. Kes juvana ini berlaku di sebuah sekolah Jepun di mana Natsumi telah membunuh rakan kelasnya, Satomi Mitarai pada 2004. Dikatakan, pembunuhan tersebut berlaku disebabkan beberapa komen Mitarai tinggalkan terhadap penampilan Natsumi yang berumur 11 tahun di Internet.
Pada awalnya, Natsumi membawa mangsanya ke dalam sebuah bilik darjah kosong pada waktu rehat sebelum mengelar leher dan lengan mangsa dengan pemotong kotak. Setelah ditangkap, Natsumi berdepan hukuman dua tahun komitmen sukarela namun dilanjutkan lagi dua tahun atas sebab penilaian psikologi.
Pada masa yang sama, dia juga didiagnosis dengan sindrom Asperger disebabkan oleh masalah komunikasi. Walau bagaimanapun, dia telah dilepaskan pada 2008 setelah berada dalam psikiatri selama dua tahun.
6. Nehemiah Griego
Budak berumur 15 tahun ni memang suka dengan senjata api dan berpakaian seperti askar. Dia juga tak belajar di sekolah sebaliknya hanya belajar di rumah bersama adik beradiknya yang lain.
Entah kenapa satu hari, ibu Nehemiah telah membuatkan dia berasa geram lalu menembak ibunya di kepala. Kemudian, dia turut menembak adik lelaki dan dua orang adik perempuannya dengan selaras senapang. Malangnya, bapanya juga mengalami nasib yang sama ketika sampai ke rumah.
Dia telah ditahan oleh pihak polis setelah mengaku atas pembunuhan itu kepada seorang paderi di sebuah gereja.
7. Kevin Madden
Pada 2003, Kevin yang berusia 16 tahun bersama kawannya, Timothy Ferriman telah membunuh adik lelakinya ketika dorang berdua tengah mabuk sebab minum wain di rumahnya.
Kemudian, dia telah menyerang adiknya dengan pisau daging, memotong muka dan lehernya sebanyak 71 kali sehingga memutuskan kotak suara dan arteri karotidnya. Timothy ketika itu hanya menggalakkan perbuatan Kevin lalu menolongnya untuk sorokkan mayat di ruang bawah tanah.
Disebabkan kekejaman jenayah ni, mereka berdua telah ditangkap dan dibicarakan sebagai orang dewasa bukan sebagai pesalah juvenil. Kini, Kevin dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala Timothy diringankan hukumannya kepada kesalahan juvana.
Sumber: IndiaTimes, Listverse