Teori konspirasi yang dibuat oleh orang memang banyak betul lebih-lebih lagi dengan adanya internet ni. Kadang-kadang tu, ekoran details yang dibuat mengenai sesuatu teori tu, memang boleh buatkan orang percaya.
Antara teori konspirasi yang sering dibuat mesti akan melibatkan orang-orang terkenal termasuklah selebriti-selebriti popular. Lebih-lebih lagi, kebanyakan selebriti akan sorokkan kehidupan peribadi mereka jadi ini boleh menyebabkan timbulnya perkara ini.
Dekat bawah ni, kita akan senaraikan beberapa teori konspirasi yang pernah dibuat mengenai selebriti-selebriti popular dan bila korang baca memang kedengaran tak masuk akal betul. Jom tengok!
Artikel berkaitan: 5 Teori Konspirasi ‘Gila’ Ni Rupanya Memang Betul-Betul Terjadi!
1. Avril Lavinge dah meninggal dunia dua dekad yang lalu dan digantikan dengan pelanduk dua serupa?
Macam yang korang tahu, Avril Lavinge telah memulakan kerjayanya sebagai bintang pop punk rock yang menyanyikan lagu-lagu seperti Sk8ter Boi dan Complicated dan liriknya juga sangat menarik dan mudah untuk diingati.
Namun begitu, pada 2007 muzik dan gaya Avril mula bertukar menjadi lebih ceria dan lebih kurang sama dengan lagu-lagu pop yang didengari di radio. Lagu Girlfriend dan Hello Kitty kedengaran sangat catchy tapi dah tak ada vibe emo dan punk macam lagunya yang dulu.
Tak cukup dengan itu, di antara 2013 dan 2015, Avril telah berkahwin dengan penyanyi utama Nickleback, Chad Kroeger yang dianggap sebagai bintang rock yang agak lame.
Disebabkan ini, satu teori telah muncul mengatakan bahawa Avril sebenar telah mengambil nyawanya sendiri pada 2003 selepas ibu bapanya bercerai dan telah digantikan pelanduk dua serupa Melissa Vandella. Melissa pada asalnya telah diupah oleh Avril untuk mengelirukan paparazzi, menurut teori tersebut, Melissa telah menggantikannya apabila Avril sebenar meninggal dunia dan menukar muziknya kepada sesuatu yang lebih ceria.
Kenapa teori ni palsu?
Keseluruhan teori ini telah dibuat berdasarkan fakta-fakta yang palsu seperti tak ada bukti menunjukkan ibu bapanya dah bercerai. Tuduhan yang mengatakan beberapa jeragat diwajahnya telah bertukar boleh dijelaskan dengan jeragat memang boleh sembuh. Manakala hidungnya berbeza pula mungkin disebabkan pembedahan kosmetik.
Akhirnya, blogger yang membuat teori ini telah mengaku bahawa ia merupakan satu projek yang menunjukkan bahawa sesuatu penipuan itu boleh diciptakan untuk kelihatan seperti benda betul walaupun ianya palsu.
2. Katy Perry adalah JonBenét Ramsey yang pembunuhannya masih tak dapat diselesaikan sehingga sekarang
Teori ini mengatakan, Ramsey yang dibunuh ketika usianya enam tahun pada 1996 ini sebenarnya tak mati dan kematiannya telah dipalsukan dan kanak-kanak ini telah pun membesar dan menjadi penyanyi Katy Perry.
Kenapa teori ini palsu?
Teori ini telah dimuat naik di YouTube oleh seorang individu bernama Dave Johson. Channel lelaki ini dipenuhi dengan konspirasi palsu dan tak masuk akal seperti Michelle Obama adalah seorang lelaki, bulan merupakan hologram dan Anne Frank sebenarnya penulis Amerika Francine Prose.
Bukan tu je, teori ini juga dibuat tanpa bukti. Malah YouTuber ini ada mengatakan Perry dan Ramsey adalah orang yang sama kerana memiliki bentuk kening yang sama.
Apabila dijejaki, teori ini mula dibuat pada tahun 2010 apabila Katy Perry kongsikan gambarnya ketika kanak-kanak dan ramai yang mengatakan mukanya dalam gambar tersebut kelihatan seperti Ramsey.
3. Stephen King bunuh John Lennon
Terdapat satu teori mengatakan bahawa salah seorang anggota The Beatles, John Lennon bukan dibunuh oleh Mark David Chapman pada 1980 tapi Stephen King.
Idea ini telah diutarakan oleh Steve Lightfoot, seorang lelaki yang tinggal di Florida di mana teorinya ini telah menjadi popular apabila dia telah mengganggu satu mesyuarat majlis bandaran untuk bercakap tentang teori tersebut sehingga pihak polis terpaksa membawanya keluar.
Menurut Lightfoot, penulis Stephen King adalah pembunuh sebenar John Lennon kerana rupa mereka lebih kurang sama dan telah mendapat izin untuk membuat pembunuhan tersebut dari Richard Nixon dan Ronald Reagan yang tak suka dengan usaha pasifis Lennon.
Kenapa teori ini palsu?
Stephen King bukan Mark David Chapman yang merupakan pembunuh sebenar John Lennon.
Artikel berkaitan: “Sempat minta autograf sebelum bunuh” – Cerita Penuh Kematian John Lennon Ditembak Peminat Sendiri
4. Beyoncé tak pernah mengandung dan Blue Ivy dilahirkan melalui ibu tumpangan
Teori konspirasi ini timbul ekoran beberapa insiden berlainan yang telah berlaku. Antaranya, Beyoncé telah memberikan dua tarikh berlainan bila ditanya mengenai due date kandungannya iaitu Januari 2012 dan Februari 2012 (Blue Ivy dilahirkan pada 7 Januari 2012).
Tak cukup dengan itu, terdapat satu penampilan Beyoncé telah menjadi viral apabila penyanyi ini cuba untuk duduk di kerusi ketika satu temubual diAustralia dan nampak seperti perutnya telah berubah bentuk dan membuatkan ramai orang mengatakan penyanyi ini telah memakai perut palsu.
Selain itu, tak ada gambar atau video Beyoncé melahirkan anak dan menurut laporan, Beyoncé dan Jay Z telah membayar sebanyak US$1.3 juta untuk tutup dan ubahsuai hospital bagi mendapatkan privasi ketika melahirkan anak.
Untuk orang yang suka membuat teori konspirasi, ini semua membuktikan yang Beyoncé tak pernah melahirkan anak dan Blue Ivy adalah anak dari ibu tumpangan.
Kenapa teori ni mungkin palsu
Beyoncé cuba untuk menjelaskan khabar angin tersebut melalui dokumentari HBO Life is But a Dream.
Ini merupakan khabar angin paling mereka yang pernah dilemparkan tentang saya. Tapi ada ramai yang percaya khabar angin ini, gila betul.”
Namun begitu, dokumentari tersebut tidak menunjukkan apa-apa rakaman menunjukkan Beyoncé mengandung. Rakaman yang ditunjukkan sama ada kabur atau hanya tunjuk bahagian lain badannya.
Pun begitu, perutnya yang kelihatan terlipat semasa temubual tersebut mungkin disebabkan oleh fabrik bajunya manakala tersilap sebut due date tu benda biasa yang berlaku. Apa yang pasti, kandungan kedua Beyoncé dengan anak kembarnya memang betul-betul real.
5. Britney Spears seorang klon
Walaupun banyak teori tentang selebriti diklon, teori tentang Britney Spears ni lebih istimewa dari yang lain.
Menurut teori tersebut, tak lama selepas Britney mengeluarkan album klasiknya Baby One More Time pada 1999, penyanyi ini dan bekas kekasihnya Justin Timberlake telah terlibat dalam satu kemalangan. Akibat dari ini, Justin telah mengalami kulit melecur yang parah manakala Britney pula telah terputus kepala.
Dikatakan, syarikat label Britney memang telah membuat beberapa klon penyanyi ini dan ekoran kemalangan ini, mereka telah menggantikan penyanyi tersebut dengan klon.
Manakala Justin Timberlake yang masih hidup tapi sedang dalam koma juga turut digantikan dengan klon untuk membuat persembahan.
Kenapa teori ini palsu?
Klon manusia tak wujud dan khabar angin mengatakan bahawa Britney dan Justin terlibat dalam kemalangan juga palsu. DJ yang menyebarkan khabar angin tersebut telah pun dipecat dan teori ini tersebar pada tahun 2001 iaitu bertahun-tahun selepas Britney keluarkan albumnya.
6. Stevie Wonder boleh nampak
Kalau di Malaysia kita ada S. Jibeng, di luar negara penyanyi buta terkenal adalah Stevie Wonder. Dia merupakan seorang pemuzik yang sangat bagus.
Namun begitu terdapat beberapa teori mengatakan Stevie Wonder sebenarnya boleh melihat ekoran dia pernah dilihat membuat beberapa perkara seperti orang yang normal. Antaranya, dia pernah mengambil semula mikrofon yang terjatuh, dia pernah berkata dia mahu menjadi seorang jurugambar dan dia gemar menonton perlawanan bola keranjang secara live!
Kenapa teori ini palsu?
Stevie Wonder memang tak boleh melihat sejak lahir di mana matanya tidak membesar dengan betul dan retinanya tertanggal. Jadi, agak tak masuk akal untuk seseorang itu berpura-pura menjadi buta untuk jangka masa yang lama.
Manakala perkara lain seperti mikrofon jatuh pula dia boleh mendengar bunyi mikrofon jatuh dan dia pergi menonton bola keranjang dengan menggunakan pendengarannya seperti orang dulu-dulu yang mendengar sukan dari radio sebelum televisyen tercipta.
Sumber: Insider