in

“6 tahun bertahan” – Isteri Beri Alasan Suami Tak Puaskan Permintaan, Curang Di Aplikasi ‘Dating’

curang 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar kes suami yang curang dengan isteri tetapi jarang kita tahu isteri yang bermain kayu tiga di belakang suami.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi kisah pilunya kepada influencer, Caprice menceritakan tentang isterinya yang curang. Dia hanya pasrah dengan apa yang terjadi dan bakal melafazkan cerai terhadap isterinya itu.


curang 6
Sumber: Kosmo

Curang dekat aplikasi dating

Menerusi hantaran Caprice di Instagram, lelaki itu meminta Caprice mengetengahkan isu isteri curang. Dia berkata, ada segelintir wanita yang mengenali orang baharu di satu aplikasi temu janji yang mana di situ juga ada ramai orang yang sudah berkahwin.

Mintak buat isu pasal isteri curang, terpengaruh dari TikTok dan… banyak jantan-jantan buaya kat situ dan banyak betina.. kat situ, banyak suami orang and banyak yang isteri orang.

Artikel berkaitan: “Sekarang hari-hari aku stalk FB dia” – 2 Tahun Bercerai, Wanita Menyesal Curang Dengan Suami Baik

Artikel berkaitan: “Mungkin lama dia pendam” – Suami Didakwa Curang, Isteri Lepas Geram & Bertekak Dengan ‘Penyondol’

Lebih menyedihkan, rupanya isteri lelaki itu juga curang melalui aplikasi tersebut dan mereka sudah mempunyai dua orang anak. Dia reda dengan apa yang terjadi dan akan melafazkan talak kepada isterinya.

Doakan saya kuat. Isteri saya salah sorang. Nasib Allah tu ada. Isteri saya kantoi curang kat aplikasi, dia siap voice call.

Esok saya nak lafazkan talak kat dia (cerai). Anak dah dua. Aku nak menyesal pun tak guna. Sebab benda dah jadi. Aku kena sabar je. Mungkin jodoh aku yang betul-betul belum sampai. Saya terima ujian ni dengan tenang dan kental.

curang 1

Isteri bagi alasan tak puaskan permintaan

Disebabkan mereka berdua bekerja keras mencari rezeki, dia tidak menyangka isterinya sanggup berlaku curang dibelakangnya kerana merasakan permintaan tidak dilayan dengan baik. Dia memberitahu lagi isteri rakan-rakannya juga curang dengan suami mereka.

Sebab ekonomi bro, sebab tak dapat nak puaskan permintaan isteri. Kita semua kena sibuk cari duit lebih, tapi lain yang jadi bro. Cukuplah 6 tahun je bertahan. By the way, ramai kawan aku kena jugak macam ni. Semua sebab isteri mereka curang.

curang 2 curang 3

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pendapat mereka mengenai pasangan curang.

curang 4 curang 5

Moga kita dijauhkan dengan ujian macam ni..

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.